‘Israel sengaja ceroboh, langgar kedaulatan Lubnan’

BEIRUT: Lubnan akan mengemukakan aduan rasmi kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung ‘pencerobohan’ Israel secara sengaja pada pagi tadi.

Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan menegaskan, Israel telah melanggar kedaulatan Lubnan dengan mengebom kawasan di selatan negara ini.

“Menteri Luar dan Ekspatriat, Abdallah Bou Habib, mengarahkan Misi Tetap Lubnan ke PBB di New York untuk mengemukakan aduan rasmi kepada Majlis Keselamatan PBB.



“Ia berhubung impak pengeboman Israel dan pencerobohan disengajakan, pada waktu subuh hari ini di kawasan selatan Lubnan,” lapor Anadolu Agency memetik Kementerian Luar.

Ia menyifatkan pencerobohan Israel sebagai ‘pencabulan terang-terangan terhadap kedaulatan Lubnan dan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701… (yang) mengancam kestabilan dinikmati selatan Lubnan.’

Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701 menggesa penamatan permusuhan serta pengunduran Israel dari selatan Lubnan.

Pagi tadi, tentera Israel melancarkan serangan udara di Lubnan, beberapa jam selepas rejim Zionis menyerang Semenanjung Gaza.



Pihak rejim Zionis dalam satu kenyataan berkata, ia menyerang sasaran milik kumpulan Hamas di selatan Lubnan.

Semalam, tentera Israel mendakwa, sekurang-kurang 30 roket ditembak dari selatan Lubnan ke arah Israel.

Setakat ini, belum ada mana-mana kumpulan di Lubnan mengaku bertanggungjawab.

Kejadian itu berlaku selepas tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan mengusir jemaah Palestin.



BERNAMA-ANADOLU


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading