Orang tengah kartel peroleh projek TLDM diberkas

Oleh – Syeikh Baran


Orang tengah kartel peroleh projek TLDM diberkas

Tiga individu awam yang bertindak sebagai orang tengah kepada sindiket kartel bagi pelaksanaan kerja-kerja perolehan melibatkan sebuah Kem Tentera Laut (TLDM) di sini, telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



Ketiga-tiga suspek lelaki yang berusia antara 28 hingga 47 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor, kira-kira pukul 6 petang tadi.

Menurut sumber, penahanan kesemua mereka dibuat ekoran kesalahan tuntutan palsu dan telah menjadi dalang sindiket ‘kartel perolehan’ kepada 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di sebuah Kem TLDM.

Ini melibatkan perolehan keseluruhan berjumlah lebih RM9 juta.

Pembayaran penuh telah dilaksana sedangkan pembinaan masih belum disiapkan dengan sempurna.



Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button