Jaminan Anwar DAP tidak kuasai kerajaan Jika PH menang , langsung tidak boleh dipercayai.

 

 

Oleh Adam Malik.



Apakah Anwar Ibrahim mahu bermain silap mata apabila menyatakan Parti DAP tidak akan kuasai kerajaan jika Pakatan Harapan menang PRU15?

Sebegitu mudah Anwar menepis andaian rakyat bahawa DAP akan menarik telinga Anwar jika menjadi Perdana Meneri.

Kisah pentadbiran 22 bulan Ketika menang PRU14 sahaja sudah terlihat kegelojohan DAP hendak mengubah segala benda dan semua perkara.



Dari hal bantuan , elaun , sistem sekolah, pelajaran agama Islam , ketenteraan semua diganggu oleh DAP.

Entiti milik umat Islam , Tabung Haji. FELDA , semua habis DAP gelojoh mahu masuk campur , apa kah kata2 Anwar boleh dipercayai DAP tidak akan kuasai kerajaan?

Pada pemerintahan 22 bulan kerajaan PH yang sangat mengeri dan menakutkan rakyat terutama nya orang Melayu tiada perkara yang DAP tidak masuk campur.

Ketika itu Parti Keadilan mendapat 47 kerusi Parlimen dan DAP mendapat 43 kerusi parlimen.



Tambah lagi ada dua general dalam Pakatan Harapan ia itu Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim , pun DAP ketepikan sahaja.

Mahathir yang konon hebat pun akur dan sujud kepada DAP apabila terpaksa melantik Peguam Negara cadangan DAP yang pernah membela komunis.

Mahathir juga longlai apabila abu mayat bekas kepala komunis berjaya dibawa pulang.

Pada kajian banyak pihak PKR dijangka akan hilang banyak kerusi dimenangi Ketika PRU14 lalu.



Sambil itu DAP diramal akan dapat pertahan banyak kerusi dan dijangka akan kalah pada sekitar 4-5 kerusi sahaja.

Maka , Ketika PKR mendapat kerus terbanyak pun DAP menguasai PH, maka usah lah Amwar hendak pedaya rakyat DAP tidak kuasai PH jika menang PRU15.

Tambah lagi kerusi PAN ada lah juga dikira kerusi DAP kerana PAN akan angguk apa sahaja kemahuan DAP.

Dengan fakta ini semua , rakyat usah terpedaya dengan kata2 Anwar bahawa Musang tidak akan terkam ayam.



Tidak salah jika andaian rakyat undi Anwar dan PKR dapat DAP.

Sememang nya itu satu fakta.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button