Anwar akan kerjakan Mahathir dan Daim jika Pakatan Harapan menang PRU15.
Oleh Adam Malik
Pakatan Harapan mengalami defisit kepercayaan rakyat terhasil dari tingkah laku Mahathir dan Muhyiddin Ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri 22 bulan.
Hasilnya sehingga kini Pakatan Harapan terpaksa membalut luka kerana nama begitu tercemar dan buruk kerana digelar “Pakatan Hancing”.
Sukar untuk Anwar mencuci najis2 peninggalan Mahathir.
Tapi , mungkin juga Anwar sendiri terpaksa dipersalahkan kerana terlalu jahil terhadap perangai Tun Mahathir.
Mahathir tiada kesetiaan kepada mana2 badan , parti , atau individu .
Mahathir hanya setia pada matlamat peribadinya sahaja , dan jika Parti Politik Israel Likud atau Yesh Atid mahu beri sokongan kepada Mahathir pun Mahathir akan sahut dan beri alasan sebab mahu lawan UMNO.
Itu Mahathir , sama seperti dia menyeru ahli UMNO benci DAP selama berpuluh tahun, tapi bila tiba waktu untuk dia peralatkan DAP , dia hanya perlu berkata “pandangan saya terhadap DAP selama ini silap”.
Kini , Mahathir didalam ketakutan kerana terlalu banyak pihak telah dipijak kepala oleh Mahathir maka , Mahathir tidak cukup tanah untuk lari.
Semua parti disemenanjung telah menolak Mahathir melainkan yang sanggup jadi badut Mahathir ia itu NGO2 yang “hidup segan mati tak mahu”.
Atas sebab ditolak oleh semua parti kerana tidak mempercayai Mahathir. Maka Mahathir lari ke Sabah untuk berjumpa dengan pemimpin Sabah.
Persoalan , siapa pula mangsa di Sabah akan Mahathir gaduh kan?
Ini kerana melagakan dan memecah belahkan ada lah kepakaran Mahathir.
Kenyataan2 serta ucapan2 terbaru Anwar jelas menakutkan Mahathir.
“Old score” perlu dilaksana kan.
Sudah beberapa kali Anwar ucapankan kata2 memberi amaran kepada Mahathir.
Pada satu ceramah Anwar kata Mahathir akan demam , pada ucapan lain Anwar kata Daim tidak akan tidur lena.
Ini menunjuk kan Mahathr dan Daim akan jadi sasaran Anwar jika PH menang pilihanraya nanti.
Tidak kira sama ada Anwar akan menang atau tidak namun , sasaran Anwar ada lah Mahathir dan Daim.
Mahathir suka bermain dengan mahkamah dan SPRM terhadap musuh politik nya, maka kini Mahathir ketakutan akan dikena kan perkara yang sama terhadap diri nya.