Dani Alves tersenarai, Firmino tertinggal

RIO DE JANEIRO: Pemain Liverpool, Roberto Firmino tiada dalam senarai skuad dinamakan jurulatih Brazil untuk Piala Dunia ketika pasukan itu mencari gelaran keenam yang diketuai Neymar dan pemain veteran berusia 39 tahun, Dani Alves.

Bekas pemain Juventus dan Paris Saint-Germain, Alves, yang kini bersama kelab Mexico, Pumas sejak Julai, disenaraikan dalam pasukan walaupun tidak bermain satu perlawanan sekalipun dalam tempoh dua bulan.

Dia ialah pemain tertua pernah dinamakan untuk skuad Piala Dunia Brazil dan akan terbabit dalam edisi ketiganya dalam kejohanan berkenaan.



Sementara itu, Firmino yang kembali mendapat prestasinya buat Liverpool musim ini, gagal mendapat tempat ke Qatar berbanding penyerang lain seperti bintang Arsenal, Gabriel Jesus, perancang Flamengo, Pedro dan pemain Tottenham, Richarlison yang baharu pulih daripada kecederaan.

Bagaimanapun ada beberapa kejutan dalam senarai Tite.

Skuad “Selecao” akan diketuai Neymar untuk menamatkan kemarau juara lima kali Piala Dunia itu selama 20 tahun.

Penyerang berusia 30 tahun itu melalui musim yang hebat bersama PSG dengan 15 gol dan 12 bantuan gol dalam 19 perlawanan.



Bermain dalam Piala Dunia ketiganya, dia diharapkan dapat menutup mulut pengkritik yang mendakwanya selalu menjatuhkan diri selain gagal menyerlah ketika diperlukan.

Dia akan disertai di bahagian serangan oleh Vinicius Junior dari Real Madrid dan bintang Arsenal, Jesus yang memberikan pasukan pilihan itu kekuatan sebenar di bahagian serangan. – AFP

Skuad Brazil:

Penjaga gol: Alisson (Liverpool/ENG), Ederson (Manchester City/ENG), Weverton (Palmeiras)



Pertahanan: Dani Alves (Pumas/MEX), Danilo (Juventus/ITA), Alex Sandro (Juventus/ITA), Alex Telles (Sevilla/ESP), Bremer (Juventus/ITA), Marquinhos (Paris Saint-Germain/FRA), Thiago Silva (Chelsea/ENG), Eder Militao (Real Madrid/ESP)

Pemain tengah: Casemiro (Manchester United/ENG), Fabinho (Liverpool/ENG), Fred (Manchester United/ENG), Everton Ribeiro (Flamengo), Bruno Guimaraes (Newcastle/ENG), Lucas Paqueta (West Ham/ENG)

Penyerang: Neymar (Paris Saint-Germain/FRA), Vinicius Junior (Real Madrid/ESP), Richarlison (Tottenham/ENG), Raphinha (Barcelona/ESP), Rodrygo (Real Madrid/ESP), Antony (Manchester United/ENG), Gabriel Jesus (Arsenal/ENG), Gabriel Martinelli (Arsenal/ENG), Pedro (Flamengo)

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button