Masih Relevankah Alasan 22 Bulan Tidak Cukup Untuk Bangunkan Negara

Masih Relevankah Alasan 22 Bulan Tidak Cukup Untuk Bangunkan Negara

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) sering menggunakan alasan Langkah Sheraton sebagai sebab utama mengapa mereka tidak dapat menunaikan manifesto mereka dalam PRU 14.

“Kalau tidak kerana Langkah Sheraton yang menyebabkan kerajaan PH tumbang, sudah pasti semua manifesto PRU 14 dapat dilaksanakan”.



“Rakyat kena adil, kami hanya sempat berkuasa selama 22 bulan, mana mungkin kami dapat melaksanakan manifesto yang memerlukan masa 5 tahun untuk dilaksanakan”.

Itu antara kata-kata yang sering kita dengar dari mulut pemimpin PH apabila perkataan Pakatan Hancing dilabelkan kepada mereka.

Ada asasnya mengapa rakyat memberikan gelaran Pakatan Hancing kepada Pakatan Harapan.

10 Janji 100 Hari

 



Masih Relevankah Alasan 22 Bulan Tidak Cukup Untuk Bangunkan Negara

Tetapi pemimpin PH terlupa atau sengaja buat-buat lupa, selain daripada janji bulan bintang yang mereka lafazkan sebelum PRU 14, ada 10 janji 100 hari yang mereka berikan.

10 janji yang tersebut adalah:

  1. Mansuh cukai GST
  2. Subsidi minyak secara pukal dan bukannya bersasar
  3. Hapuskan hutang peneroka FELDA
  4. Caruman KWSP bagi surirumah
  5. Gaji minimum RM1,500 sebulan
  6. Mengurangkan beban hutang PTPTN
  7. Penubuhan RCI untuk skandal besar
  8. Penubuhan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji perjanjian MA 63
  9. Skim peduli sihat
  10. Mengkaji semula projek mega

Dalam 10 janji 100 hari PH, hanya memansuhkan cukai GST yang telah dilaksanakan sepenuhnya.



Namun akibat dari dasar penghapusan GST yang kononnya dapat menurunkan harga barang, negara kehilangan lebih RM30 bilion pendapatan dari cukai.

Akibatnya kerajaan PH terpaksa membuat pinjaman luar dan menjual aset strategik negara dengan harga di bawah pasaran untuk menampung kos pengurusan negara.

Regim SST juga berbeza dengan sistem cukai GST.

Melalui sistem cukai SST, kerajaan akan mendapat hasil kutipan cukai berdasarkan kutipan tahunan dan ianya berbeza dengan sistem cukai GST



Dalam sistem cukai GST, kerajaan akan mendapat hasil kutipan cukai secara bulanan.

Tempoh bebas cukai yang diberikan oleh PH sebelum pertukaran dari sistem GST kepada SST telah menyebabkan kerajaan PH ketiadaan aliran tunai.

Memburukkan keadaan apabila kerajaan PH terpaksa menunggu setahun sebelum mendapat hasil kutipan cukai SST.

Ini yang membuatkan kerajaan PH terpaksa membuat pinjaman luar selain dari menjual aset strategik negara untuk menampung ketiadaan aliran tunai kerajaan.



Masih Relevankah Alasan 22 Bulan Tidak Cukup Untuk Membangunkan Negara?

Masih Relevankah Alasan 22 Bulan Tidak Cukup Untuk Membangunkan Negara?

Rakyat Malaysia sebenarnya patut bersyukur kerana jangkahayat kerajaan PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan.

Bayangkan hanya dalam masa 22 bulan memerintah, ekonomi negara telah berjaya mereka runtuhkan dengan dasar pemerintahan yang gagal.

Sekiranya diberi kesempatan memerintah selama 5 tahun, pasti ekonomi akan lumpuh terus di tangan kerajaan PH.



Realitinya, PH sememangnya tidak ada kebolehan memerintah dan mengurus tadbir negara dengan baik.

Tidak cukup masa kerana hanya berkuasa selama 22 bulan hanyalah alasan yang diberikan untuk menutup kegagalan PH.

Kegagalan menunaikan 10 janji 100 hari adalah fakta yang sangat jelas, kerana jeda waktu 100 hari itu, PH sendiri yang tetapkan.

 

Masih Relevankah Alasan 22 Bulan Tidak Cukup Untuk Bangunkan Negara

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button