Bila PN Berikan Pujian Kepada PH, Apa Maksudnya



Bila PN Berikan Pujian Kepada PH, Apa Maksudnya

Sebelum parlimen dibubarkan, pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yasin, berusaha keras untuk mewujudkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam khemah besar.

Idea dari Muhyiddin itu adalah untuk memastikan gabungan itu boleh membentuk kerajaan selepas PRU 15.

Namun seperti yang digembar gemburkan, PH dilihat seolah-olah menolak usaha yang cuba dilakukan oleh Muhyiddin.



Alasan yang diberikan PH ialah PPBM adalah pengkhianat yang telah menyebabkan kerajaan PH jatuh melalui Langkah Sheraton.

Kalau dari sudut logika, apabila PH yang kononnya tegas menolak PN, malah menuduh PPBM adalah pengkhianat, maka itu bermakna mereka sudah menjadi seteru politik.

Namun, apa yang berlaku di sebalik tabir menghidangkan cerita yang agak berbeza versinya.

Secara tiba-tiba, presiden Gerakan, Dr. Dominic Lau Hoe Chai, telah menyingkap tirai yang selama ini melindungi hubungan antara PH dan PN.



Ketika ditanya wartawan, pada pendapat beliau, adakah PH boleh dikatakan sebagai sebuah kerajaan yang gagal.

Tanpa ragu-ragu, Dr Dominic Lau mengatakan, dari sudut pencapaian dan perlaksanaan polisi, PH tidak boleh dikatakan gagal.

Menurut Dr Dominic Lau, dari sudut pencapaian perlaksanaan polisi, PH telah berjaya dicapai sebanyak 31% polisi yang positif.

Manakala polisi yang agak negatif pula cuma 22% dan campuran polisi yang positif dan negatif pula adalah sebanyak 46%.



Dalam artikata lain, menurut Dr Dominic Lau, semasa menjadi kerajaan, PH telah berjaya membentuk sebuah kerajaan yang berjaya.

Agak menghairankan, bagaimana dua seteru yang kini sedang berperang boleh saling memuji antara satu sama lain.

Apa isyarat yang hendak disampaikan oleh parti Gerakan kepada pengundi di luar sana, khususnya pengundi Cina?

Adaka kenyataan Dr Dominic Lau ini adalah arahan dari Muhyiddin untuk memberikan isyarat bahawa PH dan PN akan membentuk kerjasama selepas PRU 15?



Jajaran Baru (PH 2.0) Akan Di Bentuk Selepas PRU 15

 

Bila PN Berikan Pujian Kepada PH, Apa Maksudnya

Pada pandangan penulis, inilah sebenarnya yang akan mereka lakukan selepas PRU 15.

Malah gabungan antara PH dan PN akan diperluaskan juga dengan penyertaan parti dari Sabah.

Kunjungan Dr Mahathir ke Sabah baru-baru ini, mungkin dengan tujuan membawa tawaran kepada pemimpin di Sabah sekiranya menyertai jajaran baru.

Jangan lupa, ketika ditanya wartawan di Sabah, Dr Mahathir ada mengatakan kerjasama politik akan dibentuk selepas PRU 15.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/11/07/kedatangan-mahathir-ke-sabah-yang-di-sambut-hajiji-timbulkan-tandatanya/

Apa pula pendirian pemimpin PAS terhadap jajaran baru ini?

 

Bila PN Berikan Pujian Kepada PH, Apa Maksudnya

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker