Manifesto Pilihanraya: Retorik Atau Komitmen Parti Politik?

 

Manifesto Pilihanraya: Retorik Atau Komitmen Parti Politik?

Setiap kali musim pilihanraya umum tiba, setiap parti politik akan bertungkus lumus untuk menyediakan manifesto terbaik untuk memikat pengundi.



Bagi pengundi yang sudah berulang kali membuang undi dalam pilihanraya umum, pasti sudah biasa dengan suasana tersebut.

Namun, bagi pengundi muda dan pengundi baharu yang mungkin selama ini tidak ambil kesah tentang politik, perkataan manifesto mungkin kedengaran agak asing.

Apa Itu Manifesto Pilihanraya

Manifesto Pilihanraya: Retorik Atau Komitmen Parti Politik?

Secara ringkasnya, manifesto pilihanraya adalah tawaran yang diberikan oleh parti politik kepada rakyat sekiranya mereka diberikan mandat untuk membentuk kerajaan.



Namun, apa yang lebih penting untuk kita fahami ialah dari manifesto yang disediakan akan memberikan kita gambaran keupayaan sesebuah parti untuk memikul tanggungjawab.

Tetapi pengundi mestilah bijak untuk menilai supaya tidak terpedaya dengan janji-janji manis yang diberikan oleh parti politik.

Penilaian mestilah dibuat melalui rekod perkhidmatan yang pernah dicapai oleh sesebuah parti.

Kerana itulah sebenarnya keupayaan mereka untuk menjalankan tanggungjawab yang akan diberikan.



Ahli politik adalah ibarat jurujual yang sedang berusaha untuk melariskan jualan mereka.

Rakyat pula adalah ibarat bakal pembeli yang akan membuat keputusan sama ada produk yang ditawarkan itu berkualiti atau pun tidak.

Sudah pasti antara kriteria yang akan diambil kira sebelum membuat keputusan ialah jenama syarikat yang mengeluarkan produk tersebut.

Jika syarikat yang mengeluarkan produk tersebut adalah syarikat yang memang dikenali sering mengeluarkan produk yang berkualiti, maka ianya telah menepati syarat yang pertama.



Tetapi sekiranya syarikat yang mengeluarkan produk tersebut sudah banyak kali menerima aduan dari pengguna, jangan buang masa.

Kriteria yang kedua adalah apakah kualiti produk yang dijanjikan itu benar-benar boleh dipercayai.

Sebagai contoh, adalah mustahil sekiranya jurujual yang menjual sebuah kereta berkapasiti 1,000 cc mendakwa kereta itu boleh memecut sehingga 250km/jam.

Kalau itu skrip yang dilagukan oleh jurujual, suruh sahaja mereka keluar dari rumah.



Yang paling penting adalah servis selepas jualan.

Apakah syarikat tersebut mempunyai rekod servis selepas jualan yang baik?

Kalau terbukti syarikat itu mempunyai rekod servis selepas jualan yang baik, jangan fikir panjang.

Tapi kalau terlalu banyak aduan syarikat tersebut tidak pernah membuat servis selepas jualan, berikan sahaja apa-apa alasan supaya jurujual itu pergi.



Begitu juga dalam menilai manifesto yang dihidangkan oleh sesebuah parti sebelum kita memberikan undi.

Cukup Sekali Di Tipu

 

Selepas PRU 14 yang lepas, rakyat merasa sangat kecewa apabila menyedari bahawa mereka telah ditipu dengan janji-janji manis Pakatan Harapan dalam manifesto mereka.

Malah Pakatan Harapan sendiri merasa malu untuk menggunakan perkataan manifesto.

Namun ianya sudah terlambat untuk membaiki keadaan, kuasa sudah pun diberikan kepada mereka dan akibatnya terpaksa ditanggung hingga ke hari ini.

Kemudian rakyat semakin menderita apabila Perikatan Nasional yang mendapat kuasa selepas itu terus mengabaikan rakyat dan hanya sibuk untuk berebut kuasa sesama mereka.

Belum pernah terjadi dalam sejarah negara, rakyat terpaksa mengangkat bendera putih untuk menagih simpati nagi mendapatkan sesuap nasi.

Lebih menyedihkan apabila ribuan rakyat mengambil keputusan membunuh diri apabila tidak sanggup lagi mengharungi penderitaan kehidupan di era Perikatan Nasional.

Kini mereka datang lagi dengan memberikan pelbagai janji manis.

Baca di sini:

Apakah kita akan membiarkan diri kita ditipu sekali lagi?

Benar sekarang ini Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional adalah 2 entiti yang berbeza.

Tetapi itu dari sudut nama.

Pemimpin yang ada di dalam Perikatan Nasional adalah pemimpin yang mempunyai DNA Pakatan Harapan.

Sebab itu apabila mendapat kuasa selama 17 bulan, mereka gagal kerana meneruskan dasar pemerintahan Pakatan Harapan.

Sangat berbeza dengan manifesto yang ditawarkan oleh Barisan Nasional.

Mereka mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang selama 6 dekad dan tawaran yang Barisan Nasional berikan sangat realistik.

Baca di sini:

Manifesto PRU 15 Barisan Nasional

Paling menarik bagi penulis adalah menifesto yang diberikan disertakan dengan kaedah untuk dilaksanakan.

Ini menggambarkan bahawa bagi Barisan Nasional, manifesto adalah satu iltizam yang mahu dilaksanakan dan bukan sekadar retorik politik untuk mendapatkan undi.

 

Manifesto Pilihanraya: Retorik Atau Komitmen Parti Politik?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button