Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Hari Thaipusam

 

Oleh Pena Merah

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Hari Thaipusam

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berharap sambutan Hari Thaipusam dapat memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama masyarakat majmuk dalam negara yang aman dan makmur.

Istana Negara memaklumkan, Seri Paduka juga menzahirkan perayaan yang bermakna kepada penganut agama Hindu ini diraikan dengan penuh keceriaan dan sentosa di sisi keluarga tersayang.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu, yang menyambut perayaan itu hari ini.

“Semoga perayaan itu juga memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama masyarakat majmuk dalam negara yang aman dan makmur,” kata Istana Negara menerusi satu hantaran media sosial hari ini.

Penganut agama Hindu menyambut Hari Thaipusam pada hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau berharap perayaan itu pada tahun ini lebih meriah berbanding sebelumnya serta disambut di sisi keluarga tersayang.

“Negara Malaysia meraikan kepelbagaian dan menghormati hak masing-masing. Oleh yang demikian, saya harap rakan-rakan daripada masyarakat Hindu merayakan (Thaipusam) dengan tenang, dengan keluarga supaya dapat ditingkat usaha mereka, akhlak dan nilai mereka dan semangat kemanusiaan mereka, dan jadikan mereka sebagai satu kekuatan induk dalam negara Malaysia yang tercinta,” katanya menerusi catatan dan perkongsian video dalam media sosial.

Perdana Menteri juga berkata kerajaan akan terus bekerja bagi memastikan negara terus aman dan damai serta nilai kemajmukan diperkukuh.

-Utusan-

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker