Guna dron kesan PATI menyorok

Oleh – Syeikh Baran


Guna dron kesan PATI menyorok
Antara pekerja asing yang ditahan dalam operasi itu di Kapar, Klang semalam. – Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

Penggunaan dron berjaya mematahkan cubaan pendatang asing tanpa izin (PATI) meloloskan diri dengan bersembunyi dalam semak berdekatan sebuah kilang yang digempur polis di Kapar di sini, semalam.

Dalam serbuan lebih tiga jam bermula pukul 2.30 petang itu, warga asing yang sedang bekerja didapati bertempiaran lari selepas menyedari kehadiran polis.



Perkara itu dikesan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang menyerbu tiga kilang secara serentak dengan dua daripadanya beroperasi secara haram sekitar Kapar.

Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Asisten Komisioner Hazril Kamis berkata, Op Khas Aman 1 itu membawa kepada penahanan seramai 116 individu berusia 20 hingga 72 tahun bagi tindakan lanjut.

Jelas beliau, pemeriksaan mendapati semua Pati termasuk tujuh wanita yang ditahan melibatkan warga Myanmar, Indonesia, Kemboja, Bangladesh, China, Taiwan India.

Kesemua mereka bekerja di dua kilang kitar semula dan satu kilang papan.



“Tangkapan itu turut melibatkan tujuh lelaki termasuk tiga warga tempatan yang dipercayai majikan warga asing tersebut.

“Selain itu, lima lelaki iaitu empat warga Myanmar dan seorang Bangladesh yang dipercayai menjadi buruh paksa turut diselamatkan,” katanya ketika ditemui pada operasi itu.

Tinjauan Kosmo! mendapati tiga premis itu terdiri daripada kilang papan dan kitar semula sisa elektronik dengan turut dikawal beberapa ekor anjing.

Tambah Hazril, kesemua tangkapan itu dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Utara bagi tindakan lanjut.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading