Pekerja penyelenggaraan melecur kaki jatuh dalam kawah menggelegak

Pekerja penyelenggaraan melecur kaki jatuh dalam kawah menggelegak

Pekerja penyelenggaraan melecur kaki jatuh dalam kawah menggelegak
Lokasi kawah zink di mana pekerja penyelenggaraan (foto kecil) terjatuh ketika ia menggelegak di sebuah kilang di Taman Perindustrian Nibong Tebal.

NIBONG TEBAL: Seorang pekerja penyelenggaraan melecur kedua-dua belah kaki selepas terjatuh dalam kawah zink bersuhu tinggi di sebuah kilang pembekal peralatan paip di Taman Perindustrian, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata sepasukan anggota bomba ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 10.58 pagi tadi.

“Semasa tiba seorang lelaki iaitu pekerja penyelenggaraan terjatuh dalam kawah zink yang ketika itu sedang menggelegak dengan suhu mencecah 450 darjah celsius.



“Mangsa mengalami lecur hampir 30 peratus pada kaki dan dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk rawatan lanjut.

Pekerja penyelenggaraan melecur kaki jatuh dalam kawah menggelegak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button