Selangor umum cuti Jumaat depan

DATUK Seri Amirudin Shari mengumumkan Jumaat depan sebagai cuti umum yang memberi manfaat kepada 3.67 juta pengundi di Selangor.

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor bersetuju untuk mengisytiharkan 18 November depan sebagai cuti umum di seluruh negeri itu merangkumi sektor kerajaan dan swasta.



Keputusan berkenaan dibuat bagi memudahkan 3.67 juta pengundi di Selangor untuk keluar membuang undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, cuti berkenaan dapat dimanfaatkan juga bagi mereka yang bekerja dan bermastautin di negeri ini untuk pulang mengundi di kampung halaman masing-masing.

“Kerajaan negeri mempunyai kuasa mengisytiharkan hari pelepasan am berdasarkan Akta Hari Kelepasan 1961 (Akta 369).



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button