Mahathir sekali lagi cuba ’spin’ punca kejatuhan kerajaan PH.
Mahathir sudah tersepit sekali lagi.
Kali ini telalu jelas sokongan tehadap Mahathir dibawah logo PEJUANG dilaporkan sama seperti sebelum ini juga , tiada sambutan.
Walaupun Mahathir pergunakan orang yang telah sedia menjadi ahli PERKASA dan Parti PUTRA , namun kebanyak kan media melaporkan Gerakan Tanah Air tidak akan mendapat sambutan dan sokongan selain Parlimen Langkawi.
Itu pun dilaporkan majoriti mungkin berkurangan hampir 30% dari PRU14.
Imej dan reputasi suka berbohong dan penuh tipu muslihat membuatkan hampir semua parti di semenanjung menolak bergabung dengan Mahathir.
Mahathir terpaksa naik pesawat pergi ke Sabah untuk meminta nyawa dari pemimpin Sabah.
Kali ini Mahathir berbohong lagi berkenaan kejathan kerajaan Pakatan harapan.
Peristiwa yang berlaku beberapa tahun lalu pun Mahathir cuba bohong.
Ia bukan berlaku ratusan tahun , bahkan masih segar dalam ingatan semua orang bahawa Mahathir tidak serah jawatan kepada Presidential Council Pakatan Harapan seperti yng sepatutnya ,tetapi telah membawa jawatan Perdana Menteri kepada Istana dan meletak kan jawatan lalu menjadi Perdana Menteri Interim.
Mujur kita hidup di waktu ini boleh membidas pembohongan Mahathir.
Kita akan sedih dan merasa sebak jika anak cucu kita nanti menekan butang “search’ untuk mencari maklumat hanya akan dapat jawapan bohong Mahathir sahaja sedang kan kejadian berlaku tidak seperti yang Mahathr rumuskan.
Jika Mahathir serah jawatan kepada Presidential Council Pakatan Harapan mereka pasti akan melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seperti janji yang dimeterai bahawa Mahathir hanya akan jadi Perdana Menteri dua tahun sahaja.
Namun , Mahathir tidak tunai janji kerana takut Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri lalu menyusahkan hidup nya serta Tun Daim.
Kali ini ini Mahathr menggunaan peletakan jawatan Perdana Menteri Britain sebagai selimut pembohongan nya.
Ia tidak boleh langsung dijadikan alasan atau contoh untuk ‘reasoning’ Mahathir pergi ke Istana Negara serah jawatan lalu tumbang kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah 22 bulan.
“Dr Mahathir cited the example of the immediate past prime minister of the UK, Liz Truss, who resigned when she felt she no longer had her party’s support”
Pada kes Perdana Menteri Brittain Liz Truss , beliau tidak terikat dengan janji menyerah jawatan kepada sesiapa pun waima Rishi Sunak.
Pada kes Mahathir ‘circumstances’ nya tidak sama , Mahathir menyatakan Liz Truss sudah hilang sokongan lalu membuat Tindakan bersesuaian dan menjadikan ia contoh , konon nya.
Pada kes Mahathir dia sepatut ada sifat Amanah untuk tunaikan janji nya pegang jawatan dua tahun , jika tidak apa perlu membebaskan Anwar dan PH beri Mahathir Jadi PM sedangkan parti Mahathir sekadar 13 kerusi sahaja?
Selain itu Mahathir menyatakan “Liz Truss hilang sokongan lalu bertindak sedemikian”, yang sebenar nya Mahathir hilang sokongan kerana Presidential Councel sudah tidak menyokong nya kerana sudah tiba giliran menyerah jawatan kepada Anwar.
Mahathir malu untuk menjelaskan bahawa dirinya hilang sokongan lalu serah kepada Istana , dan Mahathir hilang sokongan kerana degil dan takut serah jawatan kepada Anwar.
Itu lah sebab nya tiada siapa mahu berurusan dengan Mahathir kerana licik nya seperti ular , tambah lagi jika buat gabungan dengan nya , hanya dia sahaja yang mahu jadi ketua.
Kini Mahathir cuba salahkan Muhyiddin Yassin , Azmin dan Hamzah Zainuddin pula.
“What brought down the PH government was Mahiadin, Hamzah, and Azmin pulled out enough lawmakers from PH for it to lose its majority and fall,” he said, referring to Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, and Datuk Seri Azmin Ali” – Mahathir
Nama2 yang Mahathir sebut diatas tidak akan dapat ambil kesempatan jika mereka tidak diberi kesempatan itu oleh Mahathir dengan menyerah jawatan itu kepada Presidential Councel Pakatan Harapan atau terus kepada Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan.
Maka, berapa lama lagi rakyat akan dihidangkan dengan temberang ulangan Mahathir.
Pasti nya yang bersalah bukan Mahathir sahaja, tertapi mereka yang masih berdegil menyokong Mahathir sambil menutup mata.