Gempa bumi 5.6 magnitud landa Jawa Barat, gegaran dirasai di Jakarta
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud menggegarkan ibu kota Indonesia Jakarta selama beberapa saat, hari ini kata agensi cuaca dan geofizik (BMKG).
Pusat gempa berada di darat di sekitar Cianjur di Jawa Barat, pada kedalaman 10 km (6.21 batu), kata BMKG, sambil memaklumkan setakat ini tiada potensi tsunami dilaporkan.
Difahamkan, sesetengah pihak sudah mengosongkan pejabat di daerah pusat perniagaan Jakarta, manakala yang lain melaporkan merasai bangunan bergegar dan melihat perabot bergerak, kata saksi kepada Reuters.
REUTERS.