Poster Boy BN Gagal

Poster Boy BN Gagal

Poster Boy BN Gagal

Sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan keputusan penuh PRU 15, serta merta beberapa pihak membuat desakan supaya Presiden UMNO berundur.

Persoalannya:



  1. Perlukah membuat desakan begitu?
  2. Apakah punca sebenar kegagalan BN?
  3. Benarkah cuma DS Zahid seorang yang mesti pikul tanggungjawab atas kekalahan ini?

Perlukah Membuat Desakan Begitu?

 

Perlu diingatkan, DS Zahid menjadi presiden UMNO atas mandat yang diberikan oleh akar umbi UMNO dalam pemilihan parti.

Ianya adalah selaras dengan perlembagaan UMNO dan juga prinsip demokrasi yang kita amalkan selama ini.

Adalah sangat tidak beretika apabila ada pihak mendesak pemimpin yang telah dipilih oleh suara majoriti akar umbi untuk berundur.



Sekiranya mahu diturunkan juga, ianya mestilah melalui amalan demokrasi juga.

Kenapa tidak ditunggu pemilihan parti yang akan diadakan dalam tempoh 6 bulan sahaja lagi?

Realitinya, suara yang maukan supaya presiden berundur cuma suara minoriti dari 3.6 juta ahli UMNO.

Sudah pasti suara minoriti ini tidak boleh diangkat sebagai suara majoriti parti.



Apakah Punca Sebenar Kegagalan BN?

 

Meneliti keputusan dan aliran pengundi Melayu dalam PRU 15, jelas berlaku ‘swing’ undi Melayu dari UMNO kepada PAS dan PPBM.

Sepatutnya pihak yang mendesak DS Zahid supaya berundur membuat ‘post mortem’ untuk mengenalpasti punca berlakunya ‘swing’ undi Melayu.

Benar, UMNO sudah tewas dalam 2 PRU berturut-turut, tetapi sesuatu mesti dilakukan dari sekarang untuk memastikan UMNO tidak kalah selama-lamanya.



Realitinya, keputusan BN untuk memilih Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ tidak membuahkan apa-apa hasil, malah ada pihak yang beranggapan ianya gagal.

Sebagai perdana menteri yang memerintah, Ismail Sabri dilihat kurang menyumbang kepada UMNO/BN, parti beliau sendiri.

Kesalahan yang paling besar beliau lakukan ialah beliau tidak mengendahkan desakan akar umbi supaya parlimen dibubarkan selepas PRN Johor.

Kepimpinan dan akar umbi UMNO mahu supaya PRU 15 dilakukan ketika itu kerana itulah waktu kemuncak sokongan rakyat kepada BN.



Malah beliau beberapa kali memperdayakan kepimpinan parti dan akar umbi untuk membubarkan parlimen.

Hanya selepas menyedari PAS sebenarnya mahu Muhyiddin menjadi perdana menteri selepas PRU 15, barulah Ismail Sabri benar-benar bubarkan parlimen.

Sebagai perdana menteri, Ismail Sabri mempunyai ruang dan peluang untuk menyediakan dana pilihanraya untuk BN melalui sumbangan dana politik.

Tetapi beliau didapati gagal berbuat demikian lalu UMNO/BN terpaksa memasuki gelanggang PRU 15 tanpa dana yang mencukupi.



Sedangkan pihak lawan seperti PN telah menggunakan sepenuhnya peluang tersebut ketika pemimpin mereka menjadi PM.

Aura Ismail Sabri juga sebenarnya tidak cukup kuat untuk menjadi ‘poster boy’ untuk menjadi ‘magnet’ bagi menarik undi kepada BN.

Malah dilaporkan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan sebenarnya lebih layak dan sesuai untuk menjadi ‘poster boy’ BN.

Adakah Hanya DS Zahid Yang Mesti Memikul Taggungjawab Kekalahan?

 

UMNO mesti belajar dari kesilapan mendesak DS Najib meletak jawatan ketika BN tewas kali pertama dalam PRU 14.

DS Najib meletak jawatan kerana didesak oleh Khairy Jamaluddin (KJ) yang menjadi Ketua Pemuda UMNO dan Mas Emieryati yang menjadi Ketua Puteri UMNO ketika itu.

Selepas DS Najib meletak jawatan, keadaan parti UMNO ketika itu menjadi semakin lemah.

DS Zahid telah mengambil tanggungjawab mengukuhkan UMNO dan beliau telah berjaya.

Hasil usaha beliau dan beberapa kepimpinan tertinggi UMNO, akhirnya UMNO bangkit dan memenangi 2 pilihanraya negeri berturut-turut.

Jadi mengapakah apabila tewas dalam PRU 15, keseluruhan beban kekalahan hendak diletakkan ke atas bahu presiden UMNO?

Untuk berlaku adil, seluruh kepimpinan UMNO sama ada di peringkat pusat dan negeri serta bahagian mesti bertanggungjawab.

Sebagai Ketua Penerangan UMNO ketika itu, apakah sumbangan Shahril untuk memikat hati pengundi muda?

Pengerusi Perhubungan Negeri juga mesti bertanggungjawab kerana gagal mengekalkan momentum sokongan rakyat kepada BN.

Malah kepimpinan MCA dan MIC juga mesti memikul tanggungjawab kerana sehingga sekarang masih gagal menarik sokongan pengundi Cina dan India.

Bertindaklah sebagai satu pasukan, apabila gagal, maka itu adalah kegagalan bersama dan apabila berjaya, maka itu kejayaan bersama.

 

Poster Boy BN Gagal

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button