Saarani angkat sumpah jadi MB 5.30 petang ini

Ipoh: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad angkat sumpah sebagai Menteri Besar kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) petang ini.

Perkara berkenaan disahkan Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini pada sidang media sebentar tadi.

Pembentukan kerjasama menerusi gabungan dua parti itu memperoleh sokongan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sekali gus melepasi majoriti mudah 30 kerusi untuk menubuhkan kerajaan negeri.



Majlis mengangkat sumpah Menteri Besar yang baharu akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada jam 5.30 petang.

PH dan BN menamakan Saarani sebagai calon tunggal Menteri Besar baharu.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button