Negara dalam krisis , kerajaan tak wujud , macam mana pembangkang nak wujud?
Pertama kali dalam sejarah kerajaan tidak dapat dibentuk selepas diadakan pilihanraya.
Parlimen tergantung kerana kedudukan tiada satu gabungan mencecah garisan jumlah 112 kerusi.
Rakyat tidak memilih kestabilan dan kemakmuran tetapi memilih ikut sedap rasa.
Jika hendak kata rakyat menolak pemimpin rasuah , tidak juga , kerana pemimpin rasuah dari parti lain2 juga dipilih.
Kini, semua nya menyusahkan rakyat juga.
Barisan Nasional tidak dapat tubuh kerajaan kerana terlalu sedikit kerusi yang diperolehi nya.
Tambah parah lagi pihak dua lawan yang menang pula juga tidak cukup jumlah “first past the post” untuk bentuk kerajaan.
Maka jadi lah situasi ‘Hung parliament’.
Lebih dasyat lagi , pihak yang kalah ia itu BN yang bercita cita jadi pembangkang , pun tidak dapat menjadi pembangkang kerana ketiadaan kerajaan untuk di bangkang.
Sambil itu pihak yang menang mempunyai agenda tersendiri yang tiada common ground untuk berunding dan berdamai.
Isu induk adalah Anwar mahu jadi Perdana Menteri sambil Muhyiddin juga mahu jadi Perdana Menteri untuk wakili kepentingan Tun Mahathir dan Tun Daim.
Maka jadi lah negara kita bahan gelak ketawa dunia.
Namun , pada hari Selasa ini pukul 2 petang YDPA akan menerima mengadap pihak2 yang menyatakan sudah ada cukup jumlah.
Sebagai rakyat kita hanya berharap semua akan selesai hasil undian kita sendiri.