Semakin ramai kanak-kanak sebatang kara di Gaza

Semakin ramai kanak-kanak sebatang kara di Gaza

Semakin ramai kanak-kanak sebatang kara di Gaza
KANAK-KANAK Palestin menerima sumbangan makanan yang diedarkan di Rafah, selatan Gaza. FOTO AFP

Gaza: Bilangan budak yang sekelip mata hidup sebatang kara adalah lebih tinggi daripada mana-mana perang yang pernah disaksikan di Gaza.

The National News melaporkan kanak-kanak yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya kini dilabelkan sebagai WCNSF atau (wounded child, no surviving family) “kanak-kanak yang cedera, tiada keluarga yang masih hidup”.

Di unit rawatan rapi Hospital Nasser di bandar selatan Gaza, Khan Younis, seorang kanak-kanak perempuan parah sehingga terpaksa menggunakan bantuan ventilator selama berminggu-minggu, masih bersendirian tanpa sebarang pelawat atau keluarga di sekelilingnya.



Walaupun ribuan penduduk Gaza mencari orang tersayang yang terjejas oleh pengeboman kejam Israel selama dua bulan di Semenanjung Gaza, namun amat sedih apabila tiada siapa yang datang menziarahi budak itu di hospital.

Budak itu yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya, kini dilabelkan sebagai WCNSF.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu




Dia yang namanya masih belum diketahui, tidak berada dalam keadaan untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Seorang doktor Hospital Nasser yang memilih untuk tidak dikenali memberitahu The National News bahawa kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital itu kira-kira sebulan lalu.

Mangsa serangan zionis itu bersama-sama dengan berpuluh-puluh mangsa lain dikejarkan ke hospital selepas serangan udara menyasarkan sebuah bangunan kediaman di tengah-tengah Khan Younis.

Pekerja kesihatan berkata, identitinya tidak diketahui, terutamanya kerana kecederaannya sangat teruk sehingga dia tidak dapat dikenali. Kemungkinan juga seluruh keluarganya terkorban.



Lebih 17,000 mangsa termasuk ribuan kanak-kanak terbunuh apabila Israel mula mengebom Gaza sejak 7 Oktober lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?


Pengurus Komunikasi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) Ricardo Peris memberitahu The National News bahawa organisasinya berusaha untuk mengumpulkan dan menyediakan bilangan tepat kanak-kanak dan anak yatim yang tidak ditemani dan diasingkan di dalam Semenanjung Gaza.



Tetapi pencarian data itu adalah sangat sukar buat masa ini memandangkan perang yang berlarutan.

Beliau berkata, Unicef cuba menghubungi hospital dan medik di Gaza.

“Ia untuk mengenal pasti dan mendaftarkan kanak-kanak serta mempromosikan talian hotline Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) bagi membantu menyatukan semula kanak-kanak sebagai sebahagian daripada program hubungan keluarga,” katanya.



Bagaimanapun, Peris memberi amaran, menentukan ruang selamat untuk kanak-kanak ini pada masa ini adalah hampir mustahil kerana keadaan huru-hara dan sesak berlaku di tempat perlindungan dan hospital.

Menurutnya, sistem piawai untuk mengenal pasti, mendokumentasikan, mengesan dan menyatukan semula kanak-kanak hampir tidak beroperasi dan ini lebih rumit oleh halangan komunikasi serta akses terhad.

Menurut beberapa pegawai perubatan di Hospital Nasser, jumlah tepat WCNSF masih tidak jelas kerana mereka bergelut untuk mendokumentasikan mangsa.

Terdapat kebimbangan mengenai bagaimana kanak-kanak tanpa ahli keluarga yang masih hidup akan dijaga dalam masyarakat yang budayanya tidak boleh menerima untuk anak yatim dibesarkan oleh institusi awam atau swasta.



Bulan lalu, wakil tetap Emirian Arab Bersatu (UAE) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Lana Nusseibeh, menekankan mengenai nasib WCNSF ketika dia berucap di Majlis Keselamatan itu.

“Setakat ini, kita semua mendengar akronim menyayat hati yang dicipta oleh pekerja penjagaan kesihatan di Gaza: WCNSF, yang bermaksud kanak-kanak yang cedera, tiada keluarga yang masih hidup. Saya mahu ia ‘meresap’ supaya kita peduli,” katanya.

Semakin ramai kanak-kanak sebatang kara di Gaza

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button