Baju oren membezakan OKT SPRM dengan OKT agensi lain – Azam Baki

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Pemakaian baju lokap berwarna oren oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Orang Kena Tuduh (OKT) adalah untuk membezakan individu yang ditahan oleh suruhanjaya itu dengan mereka yang ditahan oleh agensi penguatkuasaan lain.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata sebagai contoh, OKT di bawah SPRM dapat dikenal pasti melalui pemakaian baju oren manakala OKT di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula berpakaian warna ungu.

Beliau berkata jika OKT tidak dipakaikan pakaian itu, ia juga akan menyukarkan SPRM untuk mengenal pasti OKT terbabit sekiranya ada di antara mereka yang melarikan diri.

“Baru-baru ini SPRM ada buat tangkapan sampai tujuh orang, bayangkan mereka tidak pakai baju oren kita pun tidak dapat mengenal pasti OKT dan mungkin ketika itu terdapat penahanan reman OKT oleh polis.

Jadi, kita tidak dapat membezakan mana satu OKT kita (SPRM) dengan polis, bercampur aduk…kalau OKT hilang, siapa hendak tanggung (bertanggungjawab)?,” katanya dalam wawancara SPRM bertajuk ‘Pemerkasaan SPRM dan Usaha Pencegahan Rasuah’ di radio MACC. fm hari ini.

Azam berkata demikian ketika diminta mengulas mengapa OKT SPRM perlu memakai baju berwarna oren dan tidak menggunakan warna lain.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker