Ismail Sabri antara punca BN kalah.
Pada mula nya Datuk Seri Ismail Sabri tiada dalam ‘corridor of powers”
Nama nya tidak begitu menyerlah dan pendirian politik nya tidak menonjol.
Namun, akibat agenda jahat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir , maka mereka telah membuat urusan sulit dan peribadi untuk melantik DSIS menjadi Perdana Menteri.
Bukan sahaja melantik nya dengan syarat2 tertentu , bahkan melantiknya seolah2 jawatan Perdana Menteri yang dicuri dari Pakatan Harapan itu milik peribadi mereka berdua untuk diserah kepada Ismail.
Di situ lah bermula segala porak peranda UMNO.
Jika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dengan segera menaik kan nama Parti Bersatu dan perkukuhkan Parti Bersatu, ia tidak sama pula dengan Ismail Sabri.
Akibat jawatan mengejut itu , Ismail pula mula bercita cita hendak kekal dengan jawatan yang diberi itu.
Maka, DSIS mula membina jentera dan melantik orang kuat sana sini untuk kekal.
Jika sepatut nya membela Presiden dianaya oleh musuh atau mantan Presiden , DSIS ambil jalan bantu musuh membenamkan terus penghalang agenda pihak yang melantik nya ia itu menghapuskan mantan dan juga Presiden
Terma digunakan ada lah tidak masuk campur urusan mahkamah.
Tiada siapa pun suruh masuk campur kepada keputusan , yang sepatut ditegur adalah cara kendalian kes yang penuh pincang dan pelanggaran undang2 lazim.
Sementara itu, Penyokong DSIS pula menukar Haluan, dari membenam musuh kepada menembak kedalam parti pula.
Musuh utama mereka dari DAP, PKR dan AMANAH atau PPBM telah bertukar kepada Presiden sendiri dan parti sendiri.
Mereka serah membela parti kepada ahli UMNO lain, mereka hanya membela DSIS.
DSIS dibantu oleh menteri2 yang dilantik atas arahan Muhyiddin mesti yang membenci Presiden.
Maka terlantik lah nama2 menteri yang dikenali ‘outspoken’ terhadap Presiden dan parti.
Mereka2 ini membantu memburukan kan parti dan Preasiden sendiri.
Sekali sekala mereka2 ini membuat kenyataan yang merugikan parti semata mata untuk mempamirkan kepada pihak tertentu mereka benci Presiden.
Sebalik nya , pemimpin tertentu dalam umno yang tidak berjawatan pula yang pertahankan parti.
Kes2 seperti rasuah Zeti Aziz , Hakim Nazlan yang babitkan Mahathir langsung tidak dimainkan kerana ditakuti pihak tertentu yang mengawal Muhyiddin tidak menyukai nya.
Perlantikan Hakim secara tidak ikut peraturan juga para Menteri lantikan DSIS tidak desak untuk disiasat.
Malah Peguam negara lantikan Muhyiddn Yassin dikekalkan untuk menghalang banyak kes mendedahkan Tun Mahathir dibuka.
Kes masih belum dibuka juga mereka2 pro Ismaili berdiam diri.
Lebih parah lagi , DSIS ikut rentak pihak musuh yang melantik nya mahukan PRU selewat lewat yang boleh supaya pihak lawan boleh membina kekuatan setelah kalah teruk di tujuh PRK dan dua PRN.
Ia memberi nyawa kepada pihak lawan untuk mengumpul kekuatan , dana dan isu.
Jeritan akar umbi tidak diendahkan oleh DSIS.
Kemudian , dengan jawatan Perdana Menteri DSIS tidak cuba kukuhkan parti dan gunakan jawatan untuk meraih sokongan rakyat.
Yang mampu dilakukan hanya apa yang disetujui oleh Muhyiddn sahaja.
Malah boleh dikira pengambilan jawatan secara peribadi itu mengalihkan beban Muhyiddin kepada DSIS sambil bajet RM600 bilion Muhyiddin yang bertanggung jawap.
Muhyiddin berjaya alih kegagalan urus kerajaan kepada DSIS sambil UMNO kongsi busuknya.
Presiden miliki kuasa dan kapasiti terhad tanpa jawatan, sebalik nya DSIS dan menteri2 dari UMNO lebih berpeluang berdepan dengan rakyat dan guna pengaruh , tetapi telah gagal.
Kem2 tentera juga menolak BN, salah siapa?
Pada PRU15 DSIS ada lah ‘Poster Boy” BN , bukan nya Ahmad Zahid.
Malah , Ahmad Zahid telah mengumumkan DSIS PM dari BN.
Kini, rencana menyuruh Presiden berundur telah bermula.
Semua akar umbi sudah hidu ia kerja siapa dan untuk apa.
Dengan banyak lagi fakta yang tidak perlu diletak di sini kerana sensitivity ,Yang sepatut berundur ada lah DSIS dan bukan Presiden UMNO.
Jangn lah DSIS hanya ambil faedah keseronokan dan keuntungan jawatan, tapi beban kalah diserah kepada Presiden.