Newcastle mara separuh akhir

Newcastle, England: Jaringan babak kedua daripada Dan Burn dan Joelinton membantu Newcastle United menewaskan Leicester City 2-0 awal pagi tadi untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Liga.

Ketumpulan penyudah menghantui Newcastle sejak akhir-akhir ini dan mereka sekali lagi berdepan situasi sama pada babak pertama ketika menentang Leicester apabila 12 percubaan mereka gagal menembusi gawang lawan.

Tuan rumah hampir di depan sejurus selepas rehat tetapi rembatan Joelinton sedikit tersasar selepas diasak Marc Albrighton.

Pemain pertahanan, Burn akhirnya memecah kekentalan benteng Leicester minit ke-60 menerusi larian kencang sebelum merembat bola ke gawang untuk gol pertama pasukannya.



Joelinton menjadikan kedudukan 2-0 selepas merembat kencang dalam kotak penalti bagi menyalakan impian Newcastle untuk menjulang trofi utama domestik kali pertama sejak 1955.

“Ia sangat bermakna memenangi trofi tetapi kami perlu fokus perlawanan seterusnya, satu demi satu dan kini perlu fokus Liga Perdana (EPL),” kata pemain pertahanan, Kieran Trippier kepada Sky Sports.

“Kami tahu ia penting kerana kami tersingkir daripada Piala FA dan rakan sepasukan cemerlang malam ini.”

Leicester menamatkan kekalahan tiga kali berturut-turut mereka dengan kemenangan ke atas kelab divisyen empat, Gillingham dalam aksi Piala FA hujung minggu lalu tetapi gagal mengekalkan momentum di St James Park.



Reuters

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker