Peru isytihar darurat 2 bulan akibat El Nino

Peru isytihar darurat 2 bulan akibat El Nino

Peru isytihar darurat 2 bulan akibat El Nino
Foto hiasan Reuters

Lima: Kerajaan Peru mengisytiharkan darurat di 544 daerah selama 60 hari pada Selasa berikutan kekurangan air yang mungkin timbul akibat El Nino yang dijangka melanda antara 2023 dan 2024, lapor Xinhua.

Dekri itu, yang diterbitkan dalam akhbar rasmi El Peruano, mengatakan bahawa ini akan membolehkan “pelaksanaan langkah dan tindakan kecemasan, serta-merta dan perlu bagi mengurangkan risiko tinggi yang sedia ada”.

Dengan penyelarasan teknikal Institut Pertahanan Awam Negara (Indeci) dan institusi negeri, kerajaan wilayah dan tempatan akan menerima pakai langkah-langkah yang sepadan yang akan “diubah suai mengikut keperluan”.



Dekri itu berdasarkan laporan teknikal yang dikeluarkan pada 13 September oleh Indeci dan institusi lain, yang melaporkan keadaan hidrologi semasa dan keadaan takungan, serta kemungkinan fenomena El Nino di Pasifik Tengah dan Timur sehingga musim panas 2024.

Amaran bahawa keadaan itu boleh menjejaskan kesihatan penduduk, tanaman dan ternakan, sambil menegaskan bahawa “langkah segera mesti diambil” untuk melaksanakan langkah dan tindakan yang sepadan.

Laporan itu menambah bahawa tindakan oleh kerajaan wilayah dan tempatan setakat ini “tidak mencukupi” kerana mereka tidak mempunyai kapasiti tindak balas teknikal dan operasi yang efektif “untuk menangani bahaya kekurangan air yang akan berlaku”, hingga memerlukan campur tangan kerajaan.

Peru isytihar darurat 2 bulan akibat El Nino


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker