Pertarungan Tian Chua, Shafei di Wangsa Maju

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Pertarungan Tian Chua dan Shafei di Wangsa Maju

Nama Tian Chua tidak asing lagi dalam politik negara, merupakan bekas Ahli Parlimen Batu sejak 2008. Pada PRU14 yang lepas, beliau tidak bertanding namun dikhabarkan akan membuat ‘comeback’ bertarung dengan Shafei Abdullah di P116 Wangsa Maju.



Walau masih belum disahkan sebagai calon, Shafei yang merupakan Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju dilihat sebagai calon paling berpotensi untuk diturunkan pada PRU15.

Pernah kalah pada pada PRU13, Shafei perlu diberikan peluang kedua untuk membuktikan kemampuan beliau dalam politik.

Demografik pengundi 2018 berdasarkan pecahan kaum di Wangsa Maju memberi gambaran yang boleh dijadikan panduan untuk pertarungan Tian Chua dan Shafei.

  • Melayu – 59.82%
  • Cina – 29.57%
  • India – 8.18%
  • Lain-lain – 2.44%

Pertarungan Tian Chua dan Shafei di Wangsa Maju



Kali terakhir BN menang di P116 Wangsa Maju ialah pada tahun 2004 dengan majoriti 10,185 undi diwakili Yew Teong Lock.

Sebelum itu pada 1999, Wangsa Maju dimenangi Tan Sri Datuk Seri Utama Zulhasnan Rafique menewaskan calon Keadilan, Marina Mohd. Yusof.

Sekiranya Tian Chua mahu bertanding di Wangsa Maju, beliau dijangkakan sukar untuk menang selepas bekas Ahli Parlimen sebelum ini, Tan Yee Kew mewakili Pakatan Harapan kurang efektif dalam menjalankan tugasnya si kawasan.

Shafei dalam pada itu terus menerus mendekati pengundi tanpa henti sejak 2018. Bagaimanapun, sedikit kelemahan Shafei, beliau kurang mendekati pengundi Cina di Wangsa Maju dan ini boleh menjejaskan imej beliau di kalangan pengundi Cina terutama para peniaga.



Pastinya Tian Chua tidak akan memberi laluan mudah kepada Shafei untuk menang di Wangsa Maju. Ini penting bagi mengekalkan penguasaan PH di kawasan bandar seterusnya menguasai kembali Putrajaya.

Kepada kedua-dua mereka, jika dicalonkan di Wangsa Maju, mereka perlu tampil dengan idea-idea yang lebih realistik dan mampu menyakinkan pengundi.

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading