Kerajaan Perpaduan – Dilema Pengundi Cina

Oleh Adam Malik

Undi orang Cina (bukan Melayu) secara pukal pergi kepada parti DAP (sekitar 95%).

Sebelum PRU15 mana2 peramal politik semua sudah buat kiraan Pakatan Harapan akan menang PRU15 dengan berdasarkan kerusi DAP sekitar 40-45.



Dan selebih nya mereka buat focus sendiri.

Namun yang penting kiraan induk untuk meramal kerusi PH ada lah undi yang didapati oleh DAP.

Pada PRU14 DAP mendapat 42 kerusi , maka telahan jumlah yang DAP akan dapat pada PRu15 tidak jauh kerana orang Cina bukan orang Melayu yang mengundi ikut perasaan mereka.

Orang Cina mengundi ikut ‘usefullness” parti DAP kepada mereka.



Orang Melayu tidak praktikal apabila membuang undi.

Perasaan suka benci menjadi panduan pengundi Melayu.

Walaupun sesuatu parti itu tidak manfaat kepada mereka , orang Melayu tetap akan mengundi ikut perasaan tradisi mereka.

PRU5 sudah pun selesai.



Namun, huru hara dan kamelut nya belum berakhir.

Menurut Dr Ramalan Yunus , keputusan PRU15 sebenar nya tiada melahirkan pemenang .

Maksud pemenang ada lah parti yang dapat menubuhkan kerajaan.

Pada PRU15 tiada pemenang.



Yang ada Cuma ada parti dapat kerusi banyak dan ada yang kerusi sedikit , namun secara gabungan tiada melepasi 112 kerusi.

Maka , akhirnya terpaksa di wujudkan gabungan kompromi , Unity Government arahan YDPA.

Disini lah bermula nya dilema orang2 Cina.

Disatu pihak ada parti PAS yang dominan dari segi jumlah dan ikut pecahan agama.



Disatu pihak pula ada parti Barisan Nasional yang menjadi musuh tradisi DAP.

Maka, mana satu kah yang DAP perlu bertaut?

Pada banyak laporan media dan komen2 dari masyarakat Cina , ramai juga merasakan BN ada lah ‘lesser evil” berbanding Perikatan Nasional.

Bahkan ramai memberi komen merayu Presiden UMNO memilih Pakatan Harapan Ketika keputusan belum dibuat oleh BN untuk memilih gabungan.



Ini menunjuk kan mereka merasa BN lebih banyak kebaikan dari PAS.

Politik berdasarkan pecahan kaum masih kuat diamalkan.

Malangnya hanya orang Melayu sahaja yang berpecah dan megurangkan kekuatan mereka sendiri dan bukan nya orang Cina.

Parti MCA juga mengahadapi dilema.

Mereka tidak pernah berada bersama sama DAP didalam mana2 gabungan, namun tidak memberi impak besar kepda DAP atas sebab MCA hanya parti picisan yang bergantung kepada komponen mereka dari kalangan orang melayu.

Jika bersendirian , MCA tiada peluang untuk bersaing dengan DAP dikawasan majoriti orang Cina.

Perkembangan politik terbaru sudah menjadi sukar kerana walaupun ideoloji berbeza namun Kerjasama diperlukan kerana penjumlahan yang cukup sahaja mampu membentuk kerajaan.

DAP pernah mendapat maksimum sokongan orang Cina , tetapi tetap tidak dapat membentuk kerajaan bersendirian tanpa kawan dari pihak bangsa lain.

PRU15 telah membuktikan perasaan benci suka menjadi persoalan nombor dua, kerana nombor satu adalah cukup kerusi atau tidak. Itu keutamaan nombor satu untuk menjadi kerajaan.

Maka, nyata sekali orang Cina kini berada didalam dilema  kerana semua hal ini.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button