APM selamatkan dua pemancing hampir lemas
APM selamatkan dua pemancing hampir lemas
KOTA KINABALU: Dua pemancing diselamatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas dilaporkan hampir lemas dalam kejadian di Pantai Tanjung Aru, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 40-an yang tidak pandai berenang dilaporkan mengalami kekejangan otot dan trauma.
Pegawai Pertahanan Awam Kota Kinabalu, Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abd Hamid, berkata sepasukan lapan anggota dan pegawai dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira 400 meter dari menara penyelamat APM sebaik menerima panggilan jam 1.20 petang.
“Kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan menggunakan peralatan menyelamat di air, ‘Surfboard Rescue’.
“Mangsa kemudian ditenangkan oleh pasukan operasi sebelum diberikan rawatan susulan oleh pihak ambulans yang hadir membantu di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Hazle Shah berkata, kedua-dua mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.
Katanya, operasi ditamatkan pada jam 1.35 petang dan status operasi diklasifikasikan sebagai berjaya.
APM selamatkan dua pemancing hampir lemas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siasat RM600 bilion wang rakyat secara forensik.
- Hamzah atau Faizal layak ganti Muhyiddin?
- Kerajaan Perpaduan – Dilema Pengundi Cina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Rafizi akan bongkar isu RM600 billion?