Mahathir paling risau jika Zahid jadi Timbalan Perdana Menteri.

Oleh Adam Malik.

Apakah yang paling merunsingkan dan menakutkan Tun Mahathir?

Pertama , jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.



Kedua , jika Ahmad Zahid Hamidi menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Itu lah dua perkara palng ditakuti oleh Tun Mahathir.

Tetapi mengenali Mahathir , ego nya tersangat tinggi luar biasa , maka dia tidak akan menunjuk atau mempamirkan kepada sesiapa pun ketakutan nya.



Dia hanya akan bergerak belakang tabir sahaja.

Hampir duapuluh tahun yang lalu , Mahathir telah menghantar Unit Tindakan Khas (UTK) Polis menceroboh rumah Anwar Ibrahim kerana mahu menangkap Anwar untuk didakwa.

Dalam proses itu , pintu rumah Anwar telah dipecahkan.

Lalu , Anwar diseret ke Ibu pejabat Polis dan ditahan.



Awal sebelum peristiwa itu Ahmad Zahid Hamidi telah ditahan sebaik sahaja pulang dari Sabah dan ditahan dibawah akta ISA.

Semua peristiwa ini terjadi hampir dua puluh tahun lebih yang lalu.

Kini , dengan kehendak Allah kedua orang yang di sebut diatas telah diletakan oleh Allah didalam satu tempat  menguasai kerajaan Pakatan Harapan.

Dan kebetulan , kedua dua nya pernah menjadi mangsa Tindakan politik Mahathir.



Satu perkara yang perlu diketahui oleh Mahathir adalah kecenderongan pergunakan Polis, SPRM, LHDN dan Mahkamah untuk mengenakan musuh politik nya.

Jika dulu Mahathir pernah guna akta ISA untuk menangkap dan menakutkan musuh politiknya.

Kes2 boleh direka dan dicipta sekadar untuk menyusah dan melumpuhkan musuh politik.



Jika hendak memenjarakan pula, perlu guna watak ‘extra’ seperti Hakim pilihan dan saksi pilihan.

Ini semua sudah pun berlaku depan mata kita.

Berbalik semula kepada topik diatas, kini amat benar lah andaian orang yang paling takut jika Zahid Hamidi menjadi Tmbalan Perdana Menteri ada lah Mahathir.

Apa tidak nya, jika kes yang dikenakan terhadap Zahid adalah kes pilihan dimana Mahathir juga adalah nama disebut oleh saksi dari Ultra Kirana Sendirian Berhad sebagai salah seorang penerima rasuah yang dia beri.



Ini boleh digelar rasuah kerana itu lah yang dihadapi oleh Zahid Hamidi.

Sumber sama , fakta sama pemberi sama , bagaimana pula untuk Zahid menjadi rasuah tetapi kepada Mahathir, Khairy Jamaluddin , Hishamuddin Hussin dan Muhyiddin Yassin ia menjadi dana politik?

Undang2 mana pula yang digunakan mahu memenjarakan Zahid dan undang2 mana pula yang digunakan untuk tidak dakwa yang lain?

Namun, kini keadaan sudah berubah, pemburu kini bertukar menjadi buruan.

Pasti sekali jika Zahid dibebas Mahathir tidak boleh bercakap banyak kerana kes terlalu pincang.

Mahathir juga tidak boleh bercakap banyak jika dia pula dlkenakan perkara yang sama menggunakan cara Mahathir sendiri.

Apa pun dengan perkembangan terkini , dan kedudukan politik hari ni , sah dan nyata , Mahathir individu paling takut jika Ahmad Zahid Hamidi menjadi Timbalan Perdana Menteri atau Menteri dalam negeri.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button