Ibu, 3 anak cedera kereta terbabas masuk gaung
Ibu, 3 anak cedera kereta terbabas masuk gaung

Johor Bahru: Seorang wanita bersama tiga anaknya cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas ke dalam gaung sedalam tujuh meter di Lebuhraya Pasir Gudang berdekatan sebuah stesen minyak di Kempas.
Dalam kejadian itu, wanita berusia 33 tahun itu dipercayai memandu Toyota Vios dengan tiga anak masing-masing seorang perempuan berusia 11 tahun dan dua lelaki berusia enam serta empat tahun.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Pegawai Bomba Kanan II Wan Nor Affendi Wan Yusof berkata, sepasukan enam anggota dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 4.28 petang.
“Sebaik tiba, suah kereta jenis Toyota Vios didapati terbabas ke dalam gaung sedalam tujuh meter.
“Semua mangsa mengalami kecederaan dan anggota memberikan rawatan awal sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Ibu, 3 anak cedera kereta terbabas masuk gaung
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mat Jargon Meroyan Lagi
- Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara Buat Laporan Polis Atas Fitnah Chegu Bard
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :