Polis rampas 160 kayu balak haram bernilai RM408,000

SIBU: Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPMW5) Sibu merampas 160 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz bernilai RM408,000 dipercayai diperoleh secara haram di perairan Pulau Dudong, Sungai Batang Rajang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, berkata anggota yang menjalankan Op Pensura menggunakan bot ronda PGR 8 menemui satu longgokan kayu balak yang diikat menjadi rakit pada jam 9 pagi.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kayu balak itu tidak mempunyai tukul Jabatan Hutan Sarawak(JHS) dan dipercayai diperoleh secara haram.

“Polis merampas semua kayu balak pelbagai jenis dan saiz itu dianggarkan bernilai RM408,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Zulkipli berkata, rampasan dilakukan mengikut Ordinan Perhutanan 2015 dan barang rampasan diserahkan kepada Pegawai Perhutanan Bahagian Sibu untuk tindakan lanjut.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker