Lapangan terbang tempat tumpuan UFO

Oleh – Syeikh Baran

Lapangan terbang tempat tumpuan UFO
Beberapa insiden penampakan UFO dilaporkan di Lapangan Terbang Stansted. – Getty Images

Sebuah lapangan terbang di Britain menjadi lokasi tumpuan penemuan objek terbang tidak dikenali (UFO) selepas UFO dilaporkan beberapa kali dilihat melintasi pesawat penumpang, lapor akhbar Daily Star.

Sebuah objek berwarna hitam dikesan dalam jarak 20 meter ketika pesawat Ryanair bergerak pada kelajuan 370 kilometer sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Stansted pada 2022.



Kes tersebut adalah salah satu daripada 27 penemuan UFO yang dilaporkan di Essex, England sejak enam tahun lalu.

Objek itu tidak didaftarkan pada peralatan pemantauan dron yang memberi amaran kepada pengawal trafik udara mengenai risiko pelanggaran.

Pada tahun sama di lapangan terbang tersebut, beberapa juruterbang melaporkan bahawa sistem pengelak pelanggaran pesawat mereka mengesan sebuah objek dalam jarak 152 meter ketika mendarat. 

“Tiga juruterbang melaporkan objek terbang di sekitar pesawat mereka. Tiada seorang pun daripada mereka dapat melihat objek tersebut,” demikian laporan Polis Essex. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button