Apa Lagi Yang Isham Jalil Meroyan

Apa Lagi Yang Isham Jalil Meroyan

Apa Lagi Yang Isham Jalil Meroyan

Ibarat budak yang kurang perhatian dan anak yang kurang kasih sayang, sekali lagi, ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil meroyan.

Kali ini beliau kononnya bersetuju untuk berdebat dengan presiden UMNO, DS Zahid, tetapi tertakluk kepada beberapa syarat yang beliau tetapkan.

Beliau mahu debat tersebut dilakukan dipentas yang neutral dan bukan dipentas yang dikuasai oleh DS Zahid.

Isham tidak mahu berdebat di Majlis Kerja Tertinggi UMNO kerana kononnya ia akan menjadi berat sebelah.

Isham juga berkata, kononnya beliau tidaklah sebodoh yang DS Zahid sangkakan.

Beliau juga memberi komitmen akan meletak jawatan sekiranya tewas dan mahu DS Zahid melakukan oerkara yang sama, sekiranya beliau menang.

Atau sekurang-kurangnya DS Zahid adakan pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.

Pada pendapat penulis, kenyataan yang Isham buat dalam laman Facebook beliau adalah untuk membuktikan kononnya beliau adalah anak jantan.

Tetapi realitinya, pada pandangan penulis Isham adalah seorang anak jantan yang sebenarnya boleh diragui kejantanannya.

Apabila Isham dipanggil untuk menghadiri mesyuarat MKT UMNO, beliau tidak hadir untuk bersemuka dengan DS Zahid.

Malah dilapurkan, dalam grup WhatsApp MKT UMNO, Isham membisu dan menikus seribu bahasa.

Kalau anak jantan, tidak kira apa pun orang kata, namun jika merasakan diri benar, maka ianya tetap akan dipertahankan walau apa pun platfomnya.

Paling melucukan, belum pernah berlaku dalam sejarah UMNO, mesyuarat MKT UMNO ditukar menjadi gelanggang debat.

Isham bukan sahaja diragui kejantanannya, malah beliau juga adalah seorang yang tidak tahu berterima kasih, apa lagi mengenang budi.

Beliau lupa, siapa yang memungut beliau selepas dibuang oleh Noh Omar dari Selangor.

Beliau juga lupa, dengan sokongan siapa beliau menang dalam pertandingan jawatan MKT UMNO.

Apakah Isham fikir tanpa sokongan DS Zahid, beliau boleh memenangi jawatan MKT UMNO?

Bertanding di peringkat bahagian pun kalah…😝😝😝

Jadi memang jelas beliau bukanlah sebodoh yang disangka, sebab beliau memang bodoh.

Apa Lagi Yang Isham Jalil Meroyan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker