Kenapa Majlis Peguam cabar keputusan bawah prerogatif YDPA?

 

Kenapa Majlis Peguam cabar keputusan bawah prerogatif YDPA ?

Kekeliruan demi kekeliruan terjadi hanya akibat pihak tertentu bermain politik.

Yang betul jadi salah yang salah jadi betul apabila ada badut berpengaruh bermain politik.

Dalam proses hendak penjarakan Datuk Seri Najib Razak terlalu banyak lakon layar dimainkan oleh watak watak berkepentingan.

Kes DSNR telah lama dilihat sebagai satu skim mesti penjarakan DSNR “by hook or by crook” oleh pihak konspirator yang sudah dikenal pasti oleh rakyat pada hari ini.

Rakyat sudah mula sedar permainan ini semenjak beberapa isu yang muncul dalam perbicaraan kes DSNR seperti cubaan melindung bekas Gabenor Bank Negara dan juga seorang Hakim yang terkait kes rasuah disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

Akibat kepincangan banyak berlaku dalam perbicaraan DSNR maka keputusan terhadap DSNR dianggap tidak “valid” oleh rakyat yang peka dan sekadar untuk syok sendiri untuk pihak konspirator.

Tindakan terkini oleh pihak Majlis Peguam yang terkenal berpendirian senget sebelah pada banyak isu menambahkan lagi kisah syok sendiri.

Majlis Peguam tidak muncul apabila Tommy Thomas menguggurkan kes Lim Guan Eng dan banyak lagi kes babit pihak yang pro mereka.

Majlis peguam tidak persoal apabila Hakim Nazlan didapati disiasat oleh SPRM , dan terus menjadi Hakim.

Bahkan Majlis Peguam berlakon memprotes apabila rakyat desak Hakim didakwa dengan kes rasuah.

Rakyat diumpan cerita pengasingan kuasa dan hak badan kehakiman pula.

Dimana “relate” nya perbuatan rasuah dengan pengasingan kuasa?

Perkara asas yang rakyat tidak belajar undang undang pun boleh faham.

Pengasingan kuasa disebut apabila babit keputusan Ketua Hakim, tetapi apabila babit keputusan Yang DiPertuan Agong tiba tiba tiada pula terma Pengasingan kuasa YDPA.

Begitulah berbelitnya kedudukan.

Kini persoalan muncul dan menjadi tanda tanya.

Adakah kuasa mutlak YDPA boleh dipersoalkan?

Bukankah itu prerogatif dan hak mutlak YDPA sama seperti apabila Ketua Hakim membuat keputusan ia tidak boleh dicabar?

Patut lah pelabur semakin menjauhkan diri dari negara kita.

Selain politik tidak berkesudahan dan ugutan tukar kerajaan adalagi perkara yang sangat memburukan imej negara.

Tidak perlu lah disebut badan mana yang meragukan itu.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker