China peneraju pemulihan global – Pakar AS

06/01/2021 03:52 PM

BEIJING, 6 Jan — Prestasi ekonomi China yang kembali pulih dengan pantas pada 2020 mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa.

Pengarah Kanan Hal Ehwal Kerajaan Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-China (USCBC), Anna Ashton memuji pencapaian luar biasa yang diperoleh China dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi serta kecekapannya mengawal wabak COVID-19.

“China telah menjadi peneraju pemulihan ekonomi global apabila negara ini merekodkan pertumbuhan positif lebih awal,” ujar Ashton ketika ditemu ramah Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Menurut beliau, selain sektor perdagangan dan pelaburan yang menyaksikan pemulihan, pencapaian China dalam usaha menggerakkan proses globalisasi juga sangat mengagumkan.

Beliau menyifatkan sumbangan China terhadap pemuktamadan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) sebagai satu kejayaan besar bagi usaha negara itu dalam menggalakkan globalisasi dan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker