Berapa lama lagi Zeti dapat ‘cuti sakit’

'Sakit' apa lagi yang halang Zeti ke Mahkamah?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Berapa lama lagi Zeti dapat 'cuti sakit'



Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz diberikan ‘cuti sakit’ dari menghadirkan diri ke Mahkamah pada 23 November lepas. Alasan yang diberikan ialah Zeti mengalami demam dan muntah.

Rujukan – Zeti ‘cuti sakit’ demam dan muntah

Berapa lama lagi Zeti dapat 'cuti sakit'

Hari ini perbicaraan kes 1MDB disambung semula namun difahamkan Zeti tidak kelihatan di Mahkamah. Adakah beliau masih bercuti?



Menurut sumber, belum ada alasan mengapa Zeti tidak hadir perbicaraan hari ini dan sepatutnya tiada sebab beliau berbuat demikian seepas perbicaraan ditangguhkan pada minggu lepas.

Zeti dan suami beliau dikaitkan dengan kes 1MDB berikutan dakwaan hubungan baiknya dengan Jho Low yang dikatakan ada kaitan dengan dakwaan Raja Petra mengenai Mohd Nazlan Ghazali.

Tahun lalu, penulis blog Raja Petra Kamarudin mendakwa ahli keluarga Zeti, terutama suami dan anak lelakinya, menerima RM100 juta daripada Jho Low.

 

Beliau juga mendakwa ahli keluarganya menandatangani akuan berkanun yang mengaku mereka menerima berjuta-juta ringgit dalam akaun bank Singapura, dengan wang itu datang daripada sebuah syarikat dikaitkan dengan Jho Low. – FMT- 23/11/2022



Baca – Zeti kunci Utama Kes 1MDB

Apa lagi alasan Zeti bagi mengelakkan diri dari menjadi saksi kes 1MDB di Mahkamah? Adakah Zeti mempunyai ‘immuniti’ dari individu politik tertentu yang cukup berpengaruh di Malaysia?

Agak menghairankan sekiranya Zeti masih lagi boleh ‘bersuka-ria’ tanpa perlu gusar terbongkarnya skrip sebenar siapa di belakang kewujudan kes 1MDB.

Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas turut pernah mendedahkan pembabitan Zeti dalam skandal 1MDB menerusi panggilan video.



 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button