Whatsapp tambah baik tetapan privasi

Whatsapp tambah baik tetapan privasi

Whatsapp tambah baik tetapan privasi
Ciri baharu lebih peribadi dan memberi lebih pilihan kepada pengguna.

Aplikasi sembang, Whatsapp menambah baik tetapan privasi dengan menyediakan lebih banyak pilihan perkongsian untuk profil, kali terakhir dilihat (last seen) dan juga perihal.

Ciri baharu itu diumumkan melalui laman Twitter minggu lalu.

“Bagi terus melindungi privasi dalam talian, kami memperkenalkan pilihan baharu untuk tetapan kawalan privasi.



“Anda boleh memilih siapa daripada kalangan rakan yang boleh melihat gambar profil, perihal dan kali terakhir dilihat,” katanya.

Semakan di halaman tetapan aplikasi itu mendapati perkongsian ketiga-tiga ciri itu boleh ditetapkan kepada terbuka untuk semua, rakan atau tidak boleh dilihat langsung oleh sesiapa.

Ia juga mempunyai fungsi untuk membolehkan pengguna berkongsi dengan beberapa kenalan terpilih sahaja.

Whatsapp tambah baik tetapan privasi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button