HONOR Magic6 Pro, Rekaan Premium & Magis

HONOR Magic6 Pro, Rekaan Premium & Magis

HONOR Magic6 Pro, Rekaan Premium & Magis
HONOR Magic6 Pro, Rekaan Premium & Magis

HONOR Malaysia akan melancarkan secara rasmi HONOR Magic6 Pro, telefon pintar perdana baharu pada 20 Mac ini. Pelancaran itu akan disiarkan secara langsung di laman Facebook HONOR Malaysia pada jam 3 petang. Model terbaharu siri HONOR Magic ini telah diperkenalkan pada Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024 di Sepanyol dan menerima ulasan memberangsangkan yang meluas kerana pencapaiannya menghasilkan inovasi baru dalam industri telefon pintar.

Walaubagaimanapun, kami di MURAI MY berpeluang untuk menguji sendiri unit ini. Jom kita unboxing dulu!

Kotak HONOR Magic 6 Pro datang dengan reka bentuk yang menarik dan kemas. Anda dapat melihat tulisan ‘HONOR Magic6 Pro’ berwarna keemasan di depan kotak dengan logo HONOR yang menonjol di bahagian atas.



HONOR Magic6 Pro, Rekaan Premium & Magis

 

Apa Dalam Kotak?

Apabila membuka kotak, anda disambut dengan HONOR Magic 6 Pro yang terletak di bahagian atas. Di bawahnya, terdapat bahagian yang memuatkan aksesori:

HONOR Magic6 Pro, Rekaan Premium & Magis



 

Telefon Pintar HONOR Magic 6 Pro: Telefon terletak dengan cantik di dalam kotak dengan layar besar dan rekaan yang menarik.

HONOR Magic6 Pro, Rekaan Premium & Magis

 

Pengecas Penyesuai Kuasa : Terdapat penjana tenaga cepat untuk cas telefon anda dengan pantas.



Kabel USB-C: Kabel untuk menghubungkan telefon dengan penjana tenaga atau peranti lain.

HONOR Magic6 Pro, Rekaan Premium & Magis

 

Penutup Pelindung: Penutup pelindung yang biasa diberikan untuk melindungi telefon daripada kerosakan.

 



Kit Alat: Terdapat kit alat kecil untuk memasang kad SIM atau melakukan tugas-tugas kecil lain pada telefon.

Buku Panduan: Buku panduan pengguna yang mengandungi maklumat penting tentang penggunaan telefon.

Tanggapan Pertama

Tanggapan pertama kami terhadap HONOR Magic 6 Pro adalah amat positif. Reka bentuknya yang menarik dan kemas memberikan kesan premium yang kuat. Layar yang besar dan berkualiti tinggi memberikan pengalaman visual yang memukau.

Kami juga tertarik dengan ciri-ciri unggul yang diperkenalkan oleh HONOR, terutamanya dalam hal fotografi dan prestasi. Kami berharap untuk menguji ciri-ciri ini secara lebih mendalam dalam ulasan kami yang akan datang.

 



HONOR Magic6 Pro, Rekaan Premium & Magis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agenda Tersembunyi PAS Di Sebalik Penyatuan Ummah 2.0



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button