Agenda Tersembunyi PAS Di Sebalik Penyatuan Ummah 2.0

Agenda Tersembunyi PAS Di Sebalik Penyatuan Ummah 2.0

Agenda Tersembunyi PAS Di Sebalik Penyatuan Ummah 2.0

 

Pemimpin PAS kini sedang aktif untuk cuba menghidupkan semula gerakan penyatuan ummah buat kali kedua atau Penyatuan Ummah 2.0.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, baru-baru ini menyarankan agar UMNO dan PAS menghidupkan semula kerjasama di dalam penyatuan ummah.



Tetapi saranan PAS itu telah ditelanjangkan oleh Presiden UMNO, DS Zahid, yang mengatakan tiada keikhlasan dalam saranan PAS tersebut.

Kenyataan dari DS Zahid telah dijawab semula oleh PAS dengan mengatakan kononnya mereka ikhlas untuk menjayakan Penyatuan Ummah 2.0.

Dan seperti biasa, pemimpin PAS akan menggunakan hujah-hujah yang berbaurkan hukum untuk menutup aib yang telah ditelanjangkan.

Mungkin kerana merasakan UMNO terlalu susah untuk dipengaruhi, maka PAS menggunakan strategi baharu dengan membuka ruang kepada PAN.



Dalam podcast KS, Naib Presiden PAS, Dr Samsuri secara terbuka menjemput PAN untuk bersama-sama dalam Penyatuan Ummah 2.0.

Yang perlu kita lihat secara teliti adalah, apakah kali ini PAS benar-benar ikhlas atau mereka mempunyai agenda tersembunyi?

Strategi Licik PAS Untuk Menjadi Abang Besar Dalam Muafakat Nasional 2.0

 

PAS adalah sebuah parti yang penuh dengan muslihat dan setiap kali tersepit, hukum hakam agama akan diperkudakan mengikut kesesuaian keadaan dan masa.



Dalam menjalinkan kerjasama dengan parti politik, tidak ada satu pun yang berkekalan.

Semuanya dikhianati tanpa rasa berdosa dan fatwa serta dalil akan diperkudakan untuk menghalalkan pengkhianatan mereka.

Berikan satu nama gabungan parti politik yang PAS sertai yang tidak diakhiri dengan pengkhianatan.

Pasti tidak ada.



Ibarat apabila di beri betis, pemimpin PAS mahukan peha, itulah sikap mereka.

Bila tidak dapat peha, pemimpin PAS akan meninggalkannya dengan pelbagai kata cacian dan kejian seolah teman yang pernah bersama mereka adalah sangat menjijikkan.

Dalam Perikatan Nasional sendiri, PAS sudah menunjukkan sikap big brother mereka terhadap PPBM.

Bukan sekali, bukan dua kali, bahkan sudah berkali-kali mereka membelakangkan PPBM dan membuat keputusan sendiri.



Seolah-olah PPBM mesti akur tanpa sebarang soalan dengan apa sahaja yang PAS tetapkan dalam Perikatan Nasional.

Dan PPBM tidak menafikan kedudukan mereka di dalam Perikatan Nasional telah bertukar.

Dari big brother kepada adik manja.

Apa Niat PAS Sebenarnya?

 



Mengapa PAS bersungguh-sungguh mahu menghidupkan Penyatuan Ummah 2.0?

Kekuatan Muafakat Nasional 1.0 bersama-sama UMNO tidak dapat dinafikan.

Sekiranya Muafakat Nasional 1.0 masih wujud hingga PRU 15, untuk mendapatkan majoriti 2/3 kemenangan dalam PRU 15 tidak menjadi masalah.

PAS melihat perkara yang sama masih lagi boleh berulang dalam PRU 16.

Antara UMNO, PAS, PPBM dan PAN, PAS adalah parti yang mempunyai paling ramai ahli parlimen dan paling banyak menguasai kerajaan negeri.

PPBM sudah dapat dilentokkan dan tidak dapat berkata apa-apa dengan PAS.

Manakala UMNO pula hanya mempunyai 26 ahli parlimen dan PAN mempunyai ahli parlimen yang jauh lebih kurang dari UMNO.

Dalam pembahagian kerusi dalam PRU 16, pasti PAS akan memastikan mereka mempunyai calon yang paling ramai.

Penulis difahamkan, PAS akan memastikan, sekurang-kurangnya calon mereka akan bertanding di 107 kawasan parlimen di seluruh negara dalam PRU 16.

Paling penting ianya adalah kawasan pengundi majoriti Melayu bagi memastikan peratus kemenangan adalah tinggi.

Dengan gabungan jentera pilihanraya UMNO, PAS dan PAN, PAS menjangkakan tidak menjadi masalah untuk mereka memenangi sekurang-kurangnya 100 kerusi parlimen.

Bakinya di kawasan yang bukan majoriti Melayu atau di kawasan bandar akan diagihkan kepada UMNO, PPBM dan PAN.

Sekiranya kerajaan dapat dibentuk, maka PAS akan menjadi parti dominan sebagaimana UMNO di era Barisan Nasional memerintah.

Jadi, tidak hairanlah mengapa PAS bersungguh-sungguh mahu menghidupkan Penyatuan Ummah 2.0.

 

Agenda Tersembunyi PAS Di Sebalik Penyatuan Ummah 2.0

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button