PAS Dan Gerakan Berbalah Lagi, Muhyiddin Buat Tak Reti

PAS Dan Gerakan Berbalah Lagi, Muhyiddin Buat Tak Reti

PAS Dan Gerakan Berbalah Lagi, Muhyiddin Buat Tak Reti

 

Isu arahan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya kantin sekolah dibuka sepanjang bulan Ramadhan menimbulkan perbalahan parti komponen dalam Perikatan Nasional.

Ini bukanlah kali pertama perbalahan berlaku antara parti PAS dan Gerakan.



Malah pemimpin dan ahli kedua-dua parti tersebut sudah beberapa kali berbalah kerana tidak sehaluan.

Kali pertama berlaku ketika pembahagian kerusi di PRU 6 negeri.

Presiden Gerakan, Dominic Lau berkata parti itu tidak berkongsi pandangan sama dengan PAS dalam isu pembukaan kantin sekolah sepanjang bulan Ramadhan.

Malah, beliau menganggap tuduhan PAS sebagai tidak menghormati bulan Ramadan sebagai sengaja mencetuskan polemik.



“Saya rasa kita mempunyai interpretasi berbeza dalam perkara ini.”

“Tiada siapa yang salah dan bukan semua pandangan perlu dikritik.”

“Bagi kantin sekolah, biarlah ia beroperasi.”

“Apa yang penting adalah nilai hormat menghormati kepercayaan dan amalan keagamaan dalam kalangan pelajar,” kata beliau.



Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ahmad Yahaya mendakwa arahan Menteri Pendidikan, supaya kantin sekolah beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan sebagai keterlaluan.

Menurut beliau, pelajar bukan Islam boleh membawa bekal makanan dan makan di ruangan yang dibenarkan.

Namun, Fadhlina menegaskan bahawa langkah itu bagi membolehkan pelajar bukan Islam dapat makan dengan selesa.

Sementara itu, seorang pemimpin PPBM menyokong pendirian PAS dalam isu tersebut.



Razali Idris berkata dia tidak bersetuju dengan saranan untuk membenarkan kantin dibuka semasa bulan Ramadan.

Menurutnya, pelajar bukan Islam sepatutnya boleh menguruskan diri sendiri kerana amalan berpuasa di bulan Ramadan merupakan kewajiban yang menjadi rutin umat Islam setiap tahun.

Setakat ini, Pengerusi Perikatan Nasional belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu tersebut.

Persoalannya, apakah ada titik pertemuan antara PAS dan Gerakan dalam perjuangan politik mereka.



Pemimpin dari kedua-dua parti dilihat seperti kebudak-budakan apabila menyatakan perbezaan dalam media.

Apakah mereka sudah tidak boleh bersemuka untuk menyelesaikan segala perbezaan?

Atau Muhyiddin kini sudah semakin hilang kawalan?

 



PAS Dan Gerakan Berbalah Lagi, Muhyiddin Buat Tak Reti

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button