‘Jangan cabar saya’ – Anwar

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabarnya untuk mendedahkan bukti di sebalik dakwaan penyelewengan perbelanjaan RM600 bilion oleh pentadbiran Perikatan nasional (PN) sebelum ini.

Anwar ketika sidang media pertamanya selepas dilantik Menteri Kewangan hari ini, memaklumkan terdapat beberapa proses dan prosedur yang tidak dipatuhi semasa pemerintahan PN.

Beliau juga mendedahkan bahawa syarikat yang mempunyai kepentingan ‘membabitkan keluarga’ turut terbabit dalam penyelewengan perbelanjaan itu.



“Saya nak ingatkan Muhyiddin, jangan cabar (saya).

“(Tetapi) sebaik sahaja kami dicabar, kami perlu melihat (perkara ini),” katanya.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button