Apa sudahnya kisah Rohana dan wang 1MDB?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Apa sudahnya kisah Rohana dan wang 1MDB?

Masih ingat pendedahan Tim Liessner, Rohana Rozhan dan 1MDB? Pendedahan yang dibuat oleh Tim Liessner begitu menggegarkan rakyat Malaysia.



Rohana dikatakan telah memulangkan sejumlah USD10 juta kepada Kerajaan Malaysia selepas disoalsiasat SPRM pada 2022.

Siasatan itu akan dilakukan SPRM mengikut mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.

“Keterangan Rohana telah diambil SPRM kira-kira pukul 9 pagi tadi di SPRM, Putrajaya,” – Laporan 24/2/2022

Bagaimanapun pada Mac 2023, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi), Azalina Othman Said memberitahu di Parlimen, Pejabat Peguam Negara tidak mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut.



Pejabat Peguam Negara (AGC) tidak mengetahui sama ada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan sudah mengembalikan wang AS$10 juta berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Laporan 23/3/2023

Persoalannya adakah Rohana bebas dari sebarang pendakwaan selepas ‘memulangkan’ wang 1MDB? Sama juga dengan pengibatan Zeti Aziz, bekas Gabenor Bank Negara yang menerima sejumlah wang dari 1MDB tetapi sehingga hari ini tiada kepastian kes tersebut.

Singapura telah memulangkan ke Malaysia sejumlah AS$15.4 juta dana berkaitan 1MDB yang melibatkan syarikat milik bersama Tawfiq Ayman – suami kepada bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz. – 19/11/2021

Sehingga hari ini, kes melibatkan 1MDB masih lagi berjalan di Mahkamah. Apakah semua ini akan dapat diselesaikan bagi merungkai semua persoalan berkait 1MDB?



Apa sudahnya kisah Rohana dan wang 1MDB?

Berbalik kepada tajuk, pihak SPRM juga perlu tampil menjelaskan apa sudahnya kes melibatkan Rohana Rozhan? Adakah beliau tidak akan dibawa ke Mahkamah sebagai saksi SPRM dalam kes yang melibatkan banyak nama termasuk Roger Ng dan Tim Liessner?

On February 23, Leissner had revealed to the United States justice system of his alleged affair with Rohana and how she allegedly blackmailed him for a US$10 million (RM42 million) home in the United Kingdom.

Bloomberg had reported that the pair had a relationship between 2003 to 2013, when Leissner called it off so he could be with his then future wife, Kimora Lee Simmons, who is a model and celebrity in the US.



“Ms Rozhan was very upset that I was ending our relationship to be with my future wife, with Kimora,” – Laporan 25/2/2022

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button