TMJ kata ada saksi RM10 juta, Peja jawap apa?

 

Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata beliau ada ramai saksi yang mendengar Peja berkata sebanyak RM10 juta diperlukan untuk membuat padang baru.

Kos RM10 juta itu hanya untuk padang di Stadium Nasional Bukit Jalil dan bukannya seluruh negara seperti dijelaskan Peja.

 

 

“Saya ada ramai saksi malam itu beliau cakap 10 juta, apabila saya tanya berapa bajet buat padang SNBJ. Jadi, jangan tukar cerita,” – TMJ

TMJ sebelum itu mempertikaikan kos padang baru SNBJ yang terlalu mahal sedangkan kos padang di Stadium Sultan Ismail hanya RM1.4 juta sahaja.



 

 

Bagaimanapun, Peja yang menyatakan TMJ salah faham mengenai kos keseluruhan tidak membentangkan angka sebenar kos padang baru SNBJ.

Mengapa Peja tidak memberi angka sebenar kos padang baru SNBJ dan hanya menjawap ia kos padang seluruh negara?

Jika beliau benar (Peja), sewajarnya beliau berani memberi jumlah sebenar pembinaan padang baru SNBJ. Ini menimbulkan kekeliruan kepada semua pihak terutama peminat bolasepak negara. 

Apa yang disorokkan sebenarnya? 



TMJ selaku pemilik JDT telah menunjukkan keupayaan beliau mengendalikan bukan sahaja pasukan tetapi keseluruhan pentadbiran kelab bolasepak termasuk penyelenggaraan stadium bagi memastikan kepuasan maksima pemain.

“SAYA ADA RAMAI SAKSI”

Peja sebagai Menteri Belia dan Sukan tidak bermula dengan baik selepas dilantik dalam kabinet. Kontroversi bermula dari Olimpik Paralimpik Tokyo sehinggalah isu Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mungkin Peja hanya sesuai jadi ‘food reviewer’ sahaja?

TMJ tanya KBS kenapa sampai RM10 juta?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker