“Geng Broker” bakal kuasai pemilihan Umno?

Masih menyorok belakang bayang-bayang

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


"Geng Broker" bakal kuasai pemilihan Umno?

Sesuai dengan ketetapan yang telah diluluskan ROS, Umno akan mengadakan pemilihan parti dalam tempoh 6 bulan selepas PRU15.



Bagaimanapun, desas-desus sudah berlegar, satu kumpulan dinamakan “Geng Broker” bakal menguasai pemilihan kelak.

Beberapa nama besar dalam Umno dikatakan turut tersenarai dalam “Geng Broker” termasuk mereka-mereka yang bukan ahli Umno tetapi bertindak sebagai ‘ejen’ untuk mempengaruhi para perwakilan.

Lebih mengejutkan ada khabar menyatakan mereka yang tidak tercalon pada PRU15 turut berada dalam senarai tetapi sejauh mana kesahihan kisah tersebut tidak diketahui.

"Geng Broker" bakal kuasai pemilihan Umno?



“BROKER” BAYAR PEMAIN MEDIA SOSIAL UNTUK BINA PERSEPSI BURUK TERHADAP UMNO

Menggunakan platform media sosial, ‘ejen’ akan memainkan naratif keperluan untuk menaikkan individu tertentu dengan menukar keseluruhan keimpinan sediada.

Antara alasan paling popular digunakan ialah kekalahan BN pada Pru15.

“Geng Broker” pula pada dasarnya sudah bersedia mengeluarkan belanja besar bagi melaksanakan kemahuan mereka.

Tidak mengambil peduli kerosakan yang akan menimpa parti, “broker” sudah mulai bergerak mengatur pertemuan dengan Cawangan serta Bahagian Umno di seluruh negara.



Pemimpin yang akan dipromosi ‘ejen’ pula perlu memainkan watak dianiaya serta kelihatan bersih dari semua pandangan.

Perlu memberi kenyataan seolah mereka benar-benar berjuang untuk parti dan ahli serta memainkan beberapa sentimen yang mampu mengusik pemikiran ahli Umno.

"Geng Broker" bakal kuasai pemilihan Umno?

“GENG BROKER” UMPAMA BELUT DALAM SAWAH, SUKAR DITANGKAP DENGAN TANGAN

 



Beberapa nama sudah dikenalpasti namun tindakan licik “broker” menyorok identiti berjaya mengelirukan kebanyakan ahli Umno dari didedahkan.

Kebanyakan “broker” ini mempunyai satu persefahaman serta perjanjian dengan pihak ketiga untuk bekerjasama selepas melupuskan ‘benteng’ Umno yang enggan akur dengan permintaan agar Umno dibubarkan.

Malah, ada maklumat sulit menyatakan para “broker” juga bersedia untuk menggubal semula Akta Anti Lompat Parti bagi membolehkan pihak ketiga menerima sokongan bekerjasama dengan hanya menggunakan ‘Akuan Bersumpah’ bagi membentuk kerajaan.

Ini sesuatu yang serius dan agak merbahaya kepada Umno. 



GERAKAN TIDAK MENGHALALKAN TINDAKAN “BROKER” MEROSAKKAN UMNO 

 

Benar, Umno perlu revolusi seiring masa beredar, tetapi perlu diingatkan, tindakan tidak ‘menghalalkan’ matlamat.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, para ‘broker’ masih belum berani menonjolkan diri sebenar sebaliknya hanya bergerak belakang tabir sambil memberi tekanan kepada parti.

Perwakilan Umno perlu memikirkan adakah berbaloi sekiranya hajat “Geng Broker” ditunaikan dan bersedia untuk tunduk kepada pihak ketiga atau terus berjuang secara solo tetapi dalam masa sama menjunjung Titah Agong.



Pilihan di tangan semua ahli serta Perwakilan Umno dalam PAU 2022 kelak.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button