Pemandu patah tangan, kedua-dua kaki, lori rempuh plaza tol

Pemandu patah tangan, kedua-dua kaki, lori rempuh plaza tol

Pemandu patah tangan, kedua-dua kaki, lori rempuh plaza tol
Lori yang dipercayai mengalami kegagalan fungsi brek merempuh Plaza Tol Ayer Hitam, Puchong, petang tadi. NSTP/Ihsan JBPM
Pemandu patah tangan, kedua-dua kaki, lori rempuh plaza tol
Pemandu lori patah tangan dan kedua-dua kaki selepas lori dipandu merempuh Plaza Tol Ayer Hitam, Puchong, petang tadi. NSTP/Ihsan JBPM

PUTRAJAYA: Seorang pemandu lori patah tangan kiri dan kedua-dua kaki apabila lori yang dipandu mengalami masalah brek sebelum merempuh Plaza Tol Ayer Hitam, Puchong, dekat sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Cyberjaya, berkata sepasukan tujuh anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 2.53 petang.

Katanya, setiba di tempat kejadian pada jam 3.04 petang, pihaknya mendapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah lori satu tan yang dipandu seorang lelaki berumur 29 tahun.



“Lori yang dipercayai mengalami kegagalan fungsi brek telah merempuh plaza tol dan menyebabkan pemandu tersepit di bahagian tempat duduk.

“Mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh anggota menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke Hospital Serdang bagi rawatan lanjut,” katanya.

Lori rempuh 8 kenderaan ada masalah brek



 

Pemandu patah tangan, kedua-dua kaki, lori rempuh plaza tol

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?



 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button