Lelaki warga emas rugi RM3.8 juta ditipu individu tawar geran IMF

15/02/2021 03:47 PM

JOHOR BAHRU, 15 Feb — Seorang lelaki warga emas kerugian lebih RM3.8 juta selepas ditipu ‘kenalan’ Facebook yang menawarkan geran Tabung Kewangan Antarabangsa tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial ACP Mohd Salleh Abdullah berkata mangsa berusia 74 tahun itu berkenalan dengan seorang lelaki yang dikenali dengan nama ‘Freddie Khoo’ menerusi Facebook pada Julai tahun lalu sebelum meneruskan perkenalan tersebut melalui aplikasi WhatsApps menggunakan nombor +14697370743.



Mohd Salleh berkata suspek menawarkan Geran Bantuan IMF sebanyak US$150,000 (RM605,000) dan meminta mangsa membuat pembayaran pendahuluan terlebih dahulu sebelum berjaya mendapat geran bantuan itu.

“Mangsa yang merupakan seorang ahli perniagaan telah membuat pembayaran kali pertama berjumlah RM12,800 dan selepas itu, suspek telah menaikkan tawaran bantuan geran kepada US$900,000 (RM3.632 juta) supaya mangsa membuat pembayaran yang lebih untuk mendapatkan geran tersebut.

“Sepanjang Julai hingga Disember tahun lalu, mangsa telah membuat 64 transaksi ke dalam 10 akaun bank tempatan berjumlah RM3,811,300 dan suspek kemudiannya memberitahu mangsa bahawa geran bantuan yang ditawarkan telah ditamatkan dan mangsa perlu membuat permohonan baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang berasakan dirinya telah ditipu membuat laporan polis di Balai Polis Tampoi semalam.



Kes disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Pemulihan ekonomi, pembaharuan China capai kemajuan: IMF




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading