Permaisuri Agong berkenan rasmi Juma’ani Pavilion
Kuching: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Juma’ani Pavilion di sini, hari ini.
Keberangkatan tiba Tunku Azizah pada 8.14 malam disambut oleh isteri Premier Sarawak, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta Menteri Pelancongan, Kesenian dan Pelancongan negeri itu, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Juma’ani Pavilion merupakan hab fesyen yang memasarkan produk warisan tempatan dihasilkan oleh anak Sarawak dalam mempromosi kesenian dan kebudayaan.
Ia juga berperanan sebagai pusat latihan bagi pereka muda tempatan yang berbakat dalam bidang fesyen dan tekstil.

BERNAMA