Isteri Reda Suami Pergi Lepas Sebulan Nikah [VIDEO]

Tular Pengantin Terlantar Atas Katil

Isteri Reda Suami Pergi Lepas Sebulan Nikah [VIDEO]

 

Isteri Reda Suami Pergi Lepas Sebulan Nikah [VIDEO]

Benarlah ungkapan jodoh, pertemuan, rezeki dan ajal di sudah ditetapkan Allah SWT sejak seseorang itu belum lahir lagi ke dunia. Sebagai hambaNya, kita perlu reda dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan.

Seperti seorang wanita ini tabah dan reda dengan pemergian suami tercinta meskipun baru sebulan mendirikan rumah tangga.



Suami meninggal lepas sebulan kahwin

Isteri Reda Suami Pergi Lepas Sebulan Nikah [VIDEO]

Menerusi kisah yang dikongsikan, wanita yang dikenali dengan nama Marha selamat mendirikan rumah tangga pada 12 November 2022 lalu. Meskipun ketika hari pernikahan si suami, Hashmi terlantar atas katil disebabkan masalah kesihatan, namun pasangan ini yang berada di atas pelamin nampak ceria dan bahagia untuk melayari bahtera perkahwinan.

Selepas seminggu bergelar suami isteri, pasangan ini kemudian menyambut ulang tahun kelahiran mereka yang jatuh pada tanggal 23 November dan 1 Disember di sebuah pusat rawatan. Sambutan itu diadakan secara kecil-kecilan dengan kehadiran keluarga terdekat bagi memeriahkan suasana.

Difahamkan, keadaan si suami dikatakan semakin merosot sehinggalah Marha menerima khabar bahawa suami tercinta telah pergi buat selama-lamanya. Menerusi video di TikTok, Marha memaklumkan suaminya telah menghembuskan nafas terakhir semalam, pada 7 Disember 2022 iaitu empat minggu selepas mereka mendirikan rumah tangga. Tak dapat digambarkan betapa pilunya hati seorang isteri, namun Marha akui sudah reda dengan pemergian suami tercinta. Dia turut memohon orang ramai mendoakan buat arwah suaminya, Mohd Hshmi Bin Arifin.



Video

Sumber: Marhashmi

Tak Sempat Bawa Pergi Hospital [VIDEO]

Isteri Reda Suami Pergi Lepas Sebulan Nikah [VIDEO]

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button