Muhyiddin pasti dipinggirkan apabila didakwa nanti.
Politik Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal terkubur sebaik sahaja beberapa kes terhadap nya mula dibicarakan.
Sama ada pada perbicaraan itu Tan Sri Muhyiddin akan didapati bersalah atau tidak , ia sudah tidak berapa penting lagi.
Naratif yang puak TSMY sendiri suka pergunakan ia itu “Kluster mahkamah” sudah cukup untuk melabekan TSMY sebagai “orang ada kes”.
Dalam hal ini dengan peringkat umur yang sebegini, sukar untuk TSMY membuat ‘rebranding’ terhadap diri nya.
PAS sebagai parti yang menganggap diri suci murni dan lebih Islamik dari orang lain , pasti akan dicemuh jika masih mahu bertaut kepada TSMY apabila dia didakwa.
Apa alasan dan apa fatwa PAS hendak cipta jika Bersama TSMY apabila dia dihadapkan ke mahkamah nanti?
Untuk rekod, TSMY bakal disiasat pada dua kes buat masa terdekat ini.
Kes pertama berkenaan duit berpuluh juta didapati berada didalam bilik nya seperti pengakuan oleh Tan Sri Annuar Musa.
Kes kedua ada lah berkenaan perbelanjaan wang rakyat ketika kerajaan TSMY mengumumkan darurat PKP.
Kami dimaklumkan bahawa selain kes2 ini , dipercayai pihak berkuasa juga sedang meneliti beberapa kes lain seperti Projek Tebatan Banjir dan juga Tender 5G yang membabitkan puluhan Bilion.
Apa pun , yang penting pada hal ini. Tiada siapa mahu Bersama orang kalah dan ada masalah.
Maka, diandaikan , jika TSMY mula didakwa atau kes dibuka, maka pasti TSMY sudah menjadi liabiliti kepada PN dan juga parti nya sendiri.
Sambil itu, laungan terhadap musuh ada kes mahkamah juga sudah terpalit kepada diri sendiri.
Apa yang akan terjadi , TSMY akan dipinggirkan oleh banyak pihak atas sebab sudah tidak ada kredibiliti dan juga kuasa untuk dijadikan sekutu.