West Hollywood lulus tandas neutral jantina
West Hollywood lulus tandas neutral jantina
LOS ANGELES: Majlis Bandaraya West Hollywood sebulat suara meluluskan langkah yang memerlukan semua bangunan perniagaan dan pembinaan baharu untuk menyediakan tandas neutral jantina.
Semua tandas awam tunggal di seluruh bandar telah diwajibkan untuk ditetapkan sebagai neutral jantina sejak tahun 2014, tetapi langkah terbaharu ini adalah mandat pertama untuk semua tandas yang mempunyai beberapa bilik air diarah untuk ditandakan sebagai neutral jantina.
“Saya perhatikan bahawa bilik air neutral jantina di semua tandas adalah sesuai di masa depan kerana lebih mudah,” kata Ahli Majlis, John M. Erickson memberitahu ABC News.
Perniagaan semasa tidak akan terjejas oleh undang-undang baharu yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari ini melainkan mereka melakukan pengubahsuaian semula yang besar.
Keputusan West Hollywood dilaksanakan ketika isu penggunaan bilik mandi atau tandas awam oleh golongan transgender menjadi topik perbualan utama sejak beberapa tahun lalu.
Tahun lalu, seorang lelaki transgender dari Virginia memenangi kes undang-undang terhadap bekas sekolah menengahnya selepas pentadbiran sekolah enggan membenarkan dia menggunakan bilik mandi lelaki ketika dia masih seorang pelajar.
West Hollywood lulus tandas neutral jantina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ismail Sabri dijangka tidak hadir MKT