Penduduk Aceh gesa UNHCR pindahkan pelarian Rohingya

Penduduk Aceh gesa UNHCR pindahkan pelarian Rohingya

Penduduk Aceh gesa UNHCR pindahkan pelarian Rohingya
PENDUDUK Desa Ulee Blang Mee membantah penempatan pelarian Rohingya di bekas pejabat Imigresen Bandar Lhokseumawe di Aceh kelmarin.-AGENSI

BANDA ACEH: Penduduk di Desa Ulee Blang Mee di wilayah Blang Mangat di Aceh membuat bantahan terhadap kebanjiran pelarian Rohingya di hadapan bekas pejabat Imigresen Bandar Lhokseumawe semalam.

Penduduk kampung itu menggesa Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) memindahkan 229 pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di pejabat berkenaan.

Penyelaras tindakan, Beni Murdani dalam ucapannya menggesa UNHCR segera keluar meninggalkan kampung mereka bersama semua pelarian Rohingya itu.



Mereka juga mengemukakan petisyen dan memberi tempoh tiga hari kepada UNHCR untuk memindahkan ratusan pelarian Rohingya itu ke lokasi lain.

“Kehadiran mereka di bekas pejabat imigresen Lhokseumawe, baik lelaki mahupun wanita, sangat mengganggu aktiviti penduduk. Mereka tidak menghormati adab penduduk tempatan dan bertentangan dengan penerapan hukum Islam di Aceh.

“Sekiranya dalam tempoh tiga hari tuntutan itu tidak dipenuhi, maka kita akan melakukan satu lagi protes dengan jumlah peserta yang lebih ramai,” katanya.

Beliau turut meminta Pemangku Datuk Bandar Lhokseumawe, Imran menjadi pengantara untuk menghantar tuntutan mereka kepada kerajaan pusat dan UNHCR.



Kakitangan UNHCR, Hendrik C Therik, tampil menjawab pertanyaan penunjuk perasaan dan wartawan di lokasi berkenaan.

“Mengenai pengendalian pelarian Rohingya bukan sahaja tugas UNHCR, tetapi Kerajaan dan Agensi Kemanusiaan Antarabangsa dan tempatan,” katanya.

Seramai 229 pelarian Rohingya kini ditempatkan sementara di bekas pejabat imigresen itu selepas mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Imigresen Indonesia.

Beberapa minggu lalu, lebih 110 pelarian Rohingya dilaporkan terkandas di perairan Kampung Meunasah Lhok, di Daerah Muara Batu sementara 119 lagi terkandas di perairan Kampung Bluka Teubai di Daerah Dewantara di Aceh Utara.-AGENSI



Gempa bumi landa Aceh

Penduduk Aceh gesa UNHCR pindahkan pelarian Rohingya

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid Terus Berlapang Dada, Kemarahan Akar Umbi Makin Membara



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button