Maghribi bikin dunia Arab, Afrika ‘gila’

CASABLANCA: Ketika Maghribi mencipta sejarah pada kempen Piala Dunia 2022, rakyat negara itu berkumpul di Casablanca sambil berteriak “Layak! Layak!”

Dunia Arab turut meraikan kejayaan Maghribi menewaskan Portugal 1-0 di Qatar malam tadi, sekali gus menjadi negara Afrika pertama layak ke separuh akhir Piala Dunia.

“Jantung saya akan berhenti, pasukan yang hebat, pencapaian yang tidak disangka,” kata Ilham El Idrissi, 34.



Wanita itu tidak berseorangan dalam memberikan sanjungan kepada ‘Singa Atlas’ yang akan berentap dengan juara bertahan, Perancis bagi merebut slot ke final.

“Saya bagaikan bermimpi ketika sedang berjaga. Satu kebanggaan dan saya berterima kasih kepada barisan pemain,” kata Mouad Khairat, 29

“Maghribi sudah melakukan sesuatu yang mustahil dan kini kami mahukan trofi itu.”



“Tiada yang mustahil dalam bola sepak, itulah keajaiban sukan ini,” kata bekas pemain Maghribi, Abderrazak Khairi yang meledak dua gol menentang Portugal pada Piala Dunia 1986 sekali gus menjadi negara Afrika pertama layak ke pusingan kalah mati.

Sementara itu di Paris, penyokong Maghribi berhimpun di Champs Elysees yang menjadi lokasi penyokong Perancis meraikan kejayaan pasukan mereka menjulang Piala Dunia 2018

“Satu kebanggaan untuk semua negara Arab dan Afrika,” kata Maamar, 27, yang mengibarkan bendera Maghribi namun berasal dari Algeria.



“Apa sahaja yang berlaku, kami adalah empat pasukan terbaik di dunia.”

Dounia, 23 yang berketurunan Perancis-Maghribi menjelaskan kemenangan pasukan itu begitu hebat dan berkata ‘ini adalah hadiah hari jadi terbaik dalam hidup saya.”

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button