Warrington hilang gelaran juara dunia



London: Josh Warrington kehilangan gelaran juara dunia IBF featherweight kepada Luis Alberto Lopez melengkapkan hari gelap sukan England.

Pertinju berusia 32 tahun itu kalah kepada lawan berusia 29 tahun dengan catatan markah 114-114, 115-113 dan 115-113 hanya beberapa jam selepas England tersingkir dari Piala Dunia apabila kapten mereka Harry Kane gagal menyempurnakan penalti.

Peminat membanjiri arena Leeds untuk menyaksikan pertembungan itu dengan penonton disajikan perlawanan penuh mendebarkan.

Pertinju Mexico berusia 29 tahun itu memasuki arena Yorkshire dengan rekod kemenangan tiga KO berturut-turut dalam perjalanannya ke perlawanan United Kingdom.



Pertinju Mexico itu menggunakan kelebihan pukulan cangkuk kiri dan kanan serta pukulan dari bahu ke atas mengenai hidung Warrington dan itu sudah cukup untuk mencederakan hidung lawan dan menyebabkan hidung berdarah.

Lopez terus diserang sehingga tertunduk dan kemudiannya pengadil Bob Williams terpaksa menghentikan perlawanan seketika kerana kecederaan mata kirinya akibat pertarungan itu.

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker